Karget! Ya mana tidaknya status MySejahtera bertukar kuning. Kenapa boleh jadi begini? Apa yang perlu anda buat? Keadaan menjadi kalu apabila tidak dibenarkan masuk kedai atau premis awam.
Tentu ada antara anda yang pernah mengalami masalah ini di MySejahtera. Mungkin jua ada yang dah habis tempoh kuarantin yang ditetapkan dan tidak bergejala, tapi status tetap juga berisiko. Jadi apa yang anda lakukan?
Jangan panik…! Perkongsian ini membenarkan anda menukar sendiri status kuning kepada biru, tetapi ketahui terlebih dahulu apa maksud status kuning MySejahtera dan apa yang perlu dilakukan jika anda tak pernah ke mana-mana pun sebenarnya.
Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in. Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan anda berkemungkinan ada kontak dengan mereka yang dalam kes Covid-19 melalui ‘check-in’ di tempat-tempat tertentu.
Usah bimbang! Kontak kasual bukanlah seperti kontak rapat, jadi sebagai Kontak Kasual apa yang perlu dibuat?
Tapi, mungkin ada antara anda yang tak pernah ke mana-mana, atau terlupa check-out beberapa hari hingga ia mungkin menyebabkan anda dikesan sebagai kontak kasual. Perkongsiaan ini cara anda tukarkan semula status kuning MySejahtera kepada biru melalui reassessment di MySejahtera Helpdesk.
Melalui perkongsian Nourra Khan melalui Facebook, di mana beliau berjaya mengembalikan status biru setelah 2 hari mendapat status kuning (Kontak Kasual) di MySejahtera.
Cara Tukar Status Kuning MySejahtera Kepada Biru
Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul pada 21 September.
Kalau diikutkan kita memang kena jawab soalan assessment selama 10 hari apabila status kita jadi kuning. Walhal anda jadi kuning sebab anda ada pergi ke lokasi si positif pada hari yang sama positif yang dilaporkan ada pergi ke lokasi tersebut.
Jika anda tidak bergelaja atau merasakan anda mendapat status ini disebabkan kesilapan dan ingin membuat reassessment, boleh rujuk langkah di bawah.
Status kuning mysejahtera
LANGKAH 1:
LANGKAH 2:
LANGKAH 3:
LANGKAH 4:
LANGKAH 5:
LANGKAH 6:
LANGKAH 7:
Status bertukar biru:
Nah! dengan langkah mudah ini status anda sudah bertukar menjadi biru, untuk mengelakkan terjadi begini, selalu semak status dan lakukan checkout selepas keluar dari premis ya.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee