Kerja yang banyak kadangkala boleh menyebabkan anda tertekan. Bila stress, mulalah mahu marah orang disekeliling tanpa sebab. Jika anda terus bersikap begini, anda tentu akan dibenci rakan-rakan sepejabat dan semakin lama, mereka pasti akan menjauhi anda.
Tahukah anda sebenarnya pemakanan juga amat penting untuk menenangkan hati yang sedang marah. Daripada anda makan makanan yang tidak berfaedah, lebih baik anda makan 6 makanan ini. Lebih baik untuk kesihatan.
1. Kelapa
Selain menyegarkan, minum air kelapa dan makan buah kelapa juga mampu membuatkan anda menjadi lebih tenang. Kajian menyatakan bahawa dengan mencium bau kelapa sahaja, tekanan darah serta stress anda boleh menurun.
2. Dark Chocolate
Dark chocolate boleh mempengaruhi tahap stress anda. Ketika anda stress, hormon anda akan jadi tidak stabil. Jika anda makan dark chocolate, hormon dan metabolisme tubuh anda akan kembali stabil.
3. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti bayam mengandungi kandungan asid folik yang tinggi. Ia dapat membantu tubuh anda menghasilkan dopamine yang merupakan sejenis zat pada otak yang boleh buat anda lebih tenang. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil makanan yang mengandungi asid folik mempunyai risiko yang rendah untuk alami kemurungan.
4. Pisang
Pisang mempunyai kebaikan untuk membuatkan otot anda menjadi lebih tenang iaitu potassium dan magnesium. Sebab itu para atlet selalu mengambil pisang sebagai snek. Rupa-rupanya pisang juga mengandungi bahan yang mampu mengurangkan stress.
5. Teh Hijau
Minuman ini mengandungi L-theaninen iaitu kandungan yang dipercayai boleh mengurangkan stress dan membuat tubuh anda lebih tenang. Jadi, minum teh hijau suam tanpa gula ketika anda stress memang sangat membantu.
6. Susu Suam
Susu tinggi dengan kalsium yang mampu membuatkan anda lebih tenang. Susu suam ini sesuai diminum ketika anda sedang stress atau susah tidur.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Foto Sekitar Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 72, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Daulat Tuanku!
Semalam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran dan bintang kepada 107 penerima pada Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-72 di Istana Alam Shah.
Pada majlis itu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K), yang merupakan Darjah Kebesaran yang paling tinggi di negeri ini.
Antara penerima adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membolehkan kedua-duanya memakai gelaran Dato’ Seri.
Artikel Berkaitan:107 Terima Darjah Kebesaran Sultan Selangor
Sehari sebelum itu telah diadakan Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah. Seramai lebih 3,000 warga Selangor turut hadir memeriahkan majlis ini bersempena sambutan Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda tiba pada kira-kira jam 3.30 petang, diiringi Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Acara dimulakan dengan persembahan tarian tradisional, Tarian Menjunjung Duli selepas lagu Negeri Selangor dimainkan.
Ia disusuli dengan Upacara Menjamah Pulut Kuning, upacara majlis santapan sambil diiringi dengan beberapa persembahan tarian dan nyanyian.
Sultan Sharafuddin kemudian bermesra dengan rakyat dengan orang ramai berpusu-pusu bersalaman dan berswafoto dengan baginda sekeluarga.
Artikel Berkaitan: Lebih 3,000 Hadir Jamuan Teh Diraja Sultan Selangor
Sebelum itu juga pada 8 Disember lalu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diraikan dalam satu Majlis Makan Malam oleh Ahli Dewan Diraja Selangor di Istana Selangor, Kuala Lumpur.
Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Juga turut diadakan sebelum itu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-72 ini adalah majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Admin paling suka melihat penampilan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin yang begitu anggun dan jelita sekali. Di kesempatan ini admin dan seluruh warga Selangor mendoakan kesejahteraan baginda berdua.
DAULAT TUANKU
Foto Majlis Penganugerahan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 72, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Di Istana Alam Shah
Foto Sekitar Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.
Majlis Makan Malam oleh Ahli Dewan Diraja Selangor di Istana Selangor, Kuala Lumpur.
Video Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat Di Masjid Diraja Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam
A post shared by SelangorRoyalOfficial (@selangorroyalofficial) on
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM SELANGOR ROYAL OFFICE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Che Ta Kongsi Pantang Larang ‘Haram” Jangan Buat Pada Beg Tangan, Salah Satunya Elak Letak Bawah Lantai
Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita.
Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
ARTIKEL BERKAITAN: Beli Beg Louis Vuitton, Yang Dapat Kotak Kosong. Tindakan Wanita Itu..
Jika dilihat wanita tinggi lampai ini cukup bijak mix and match busana dengan beg yang digayakan mengikut majlis dihadiri.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
3. JGN HANDBAG DIBIARKAN KOSONG
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
5. HANDBAG SAMA WARNA, FABRIK LAIN2…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
7. JANGAN BIARKAN HANDBAG TAK BERTUTUP…
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘Bosan’, Tapi Inilah Warna Fesyen. Beg Tangan Yang Berbaloi Ada Dalam Koleksi
Sebelum itu Che Ta juga turut berkongsi memilih beg tangan yang ramai tak tahu, juga berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
6 TIPS MEMILIH HANDBAG YG RAMAI ORG TAK TAHU!
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
1. MAJLIS
Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA
Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN
Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA
Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI
Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG
Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .
Nyata perkongsian dari Che Ta ini mendapat respon baik dari netizen. Rata-rata berterima kasih atas tip berguna yang diberikan ini.
cyqnourzza Thanks for the tips che ta, want more tips
kakaktity Tq Che Ta, Selama ni x tpikir plk bab2 pjagaan.
satinahumaira Tq che ta share ilmu bguna..baru tau..
selikace Tq che ta. Tips sgt berguna
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Industri Seni Kehilangan Sebutir Bintang, Syazlin Zainal Meninggal Pada Usia 26 Tahun
Pelakon serta pempengaruh, Syazlin Zainal, 26, telah meninggal dunia pada khamis lalu. Menurut laporan dari Harian Metro, difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia di Johor namun punca kematiannya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Berita sedih ini telah dikongsikan oleh salah seorang rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi InstaStory miliknya semalam. Ramai juga yang terkejut dengan permegian arwah kerana dia kelihatan sihat beberapa hari sebelumnya.
Selalu nampak ceria dan tersenyum manis
Namun, apa-apa kenyataan oleh Zeatyalia sendiri tidak dapat dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang Syazlin. Katanya lagi, dia perlu menghormati privasi keluarga Allayarhamah tentang itu.
Artikel berkaitan: Allahu Sedihnya! Baru Nikah, Suami Pergi Buat Selamanya Sebelum Sempat Bersanding
“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya,
“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku.” tulisnya di InstaStory.
Melalui hasil siasatan pihak polis, mereka mengesahkan kematian pelakon itu adalah kerana terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. Orang awam di sekitar kawasan itu menjumpai tubuhnya dan segera melaporkan kepada pihak polis.
Berita pemergian Syazlin membuatkan ramai pihak terkejut sehinggakan rakan-rakan serta peminat tidak menyangka pemergiannya itu. Ada salah sebuah akaun Instagram kelab peminat arwah juga memaklumkan akan memadam akaun tersebut.
Artikel berkaitan: “Semoga Mak Tenang Di ‘Sana’…” Pengsan Ketika Dialisis, Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup.” tulis admin akaun tersebut.
Allayarhamah merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan dia merupakan anak perempuan tunggal dalam ahli keluarganya. Arwah pernah membintangi beberapa dram tempatan seperti ‘Oh My Hantaran’ dan juga pempengaruh terkenal.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI