Anda mungkin pernah merasa semut-semut, sakit saraf pada tapak tangan sehingga sukar tidur atau terlepas objek yang digenggam secara tiba-tiba tanpa sebarang punca?
Sekiranya pernah, jangan dibiarkan tanpa menjalani pemeriksaan kerana berkemungkinan anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel yang boleh menjejaskan kualiti hidup seharian.
Ramai mengabaikan kesakitan yang dialami selama bertahun tahun tanpa mendapatkan rawatan kerana menyangka keadaan itu bukan satu penyakit yang perlu diatasi.
Kesakitan ini semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.
Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?
Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran
Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median
Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat
Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?
Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
Kebas di kawasan yang dihitamkan seperti di Gambar 1
Implikasi pergerakan tangan
Siapakah golongan berisko?
*Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini.
*Tukang jahit
*Tukang masak
*Ahli music
*Pekerja salon
*Tukang gunting rambut
Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat:
1 .Letakkan tangan anda di luar katil dan lakukan beberapa goyangan apabila merasai simptom pada waktu tidur
2. Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu.
3. Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal
4. Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menasihatkan tip berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal:
a) Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala
b) Rehat seketika dan berkala
c) Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala
d) Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan
e) Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja
.
5. Kesakitan akan berkurang dalam tempoh 2 minggu dan pulih dalam tempoh antara 4 hingga 6 minggu
6. Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman seperti di atas secara berterusan sehingga 6 hingga 8 minggu bagi mengelak simptom yang berulangan.
Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.
Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.
Sumber kredit: Public Health Malaysia dan http://www.myhealth.gov.my/