Setiap kali nak keluar rumah, lipstick merupakan item yang wajib dipakai oleh setiap wanita untuk tampak lebih berseri. Ada pelbagai jenis lipstick yang dijual di pasaran. Pilih sahaja mana satu yang menjadi kegemaran anda.
Namun, masalah yang sering anda hadapi adalah lipstick melekat pada gigi. Aduh, malu sungguh rasanya bila orang tegur ada lipstick pada gigi.
Jadi, Hijabista paparkan 5 trik mudah yang boleh anda lakukan supaya lipstick tidak melekat pada gigi lagi.
1. Gunakan Jari Telunjuk
Cara yang paling mudah untuk mengelakkan lipstick daripada melekat pada gigi. Bulatkan mulut, masukkan jari telunjuk ke dalam mulut dan tarik selepas 3 saat.
Jadi, sisa-sisa lipstick yang ada pada bahagian mulut itu akan melekat pada jari telunjuk. So, tiada lagi masalah lipstick melekat pada gigi.
2. Lip Liner
Biasanya kita akan menggunakan penggaris bibir pada garisan bibir. Apa kata selepas ini gunakan penggaris bibir pada keseluruhan bibir supaya lipstick akan melekat pada bibir dan tidak menempel pada gigi.
3. Tisu
Lipstick yang shining ketika dipakai mengambil masa yang agak lama untuk kering dan melekat pada bibir. Keadaan ini menyebabkan lipstick mudah melekat pada gigi.
Jadi, ambil tisu dan letakkan pada bibir anda untuk menghapuskan lipstick tersebut.
4. Bedak Bayi
Bedak boleh membantu menyerap minyak. Jadi, anda boleh menaburkan bedak bayi pada bibir agar kilauan dari lipstick akan hilang.
Hasilnya, lipstick tersebut akan menjadi matte dan tidak akan melekat pada gigi.
5. Lip Brush
Dengan menggunakan lip brush, jumlah lipstick yang digunakan hanya cukup-cukup untuk mewarnai bibir. Cara ini tidak akan memberi ruang untuk lipstick melekat pada gigi.
Sumber: cewekbanget.grid.id
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI