Petua Nyahkan Kotoran Degil, Kesan Peluh & Minyak Pada Tudung Hilang Sekelip Mata

Share

Kalau nak cerita pasal shawl, tentu hijabi ada pelbagai jenis dan warna shawl di rumah kan? Tetapi yang menjadi masalah bila tudung selalu ada kesan minyak dan peluh. Lebih sakit hati bila kesan degil tersebut masih tak nak hilang walaupun dah cuci berulang kali.

Terdapat satu perkongsian di Twitter yang menerangkan tentang cara menghilangkan kesan makanan/air, minyak dan peluh khususnya untuk tudung chiffon. Tweet ini dikongsi oleh page @twt_tudung yang dikendalikan oleh Cik Syu.

Ini perkongsiannya…

Ok la harini nak ajar mcm mana nak hilangkan kesan;

  • Makanan/air
  • Minyak
  • Peluh

[su_highlight background=”#fb99ff”]*Untuk tudung chiffon[/su_highlight]

First, untuk hilangkan kesan makanan. I rasa ada kat sini yang macam I. Mulut bocor. Kalau makan, wajib kena tudung. Rasa mcm asdfghjkl!

Hashtag harini #ttdirty

Kesan Makanan

#ttdirty Untuk kesan makanan and air sekali.

Bahan (mcm masak pulak):

  • Mangkuk besar and kecil
  • Berus gigi
  • Pencuci baju & pinggan
  • Baking soda

Mangkuk tu jangan la ambil mangkuk makan maggi eh. Senang ambil je baldi untuk rendam nanti. Mangkuk kecik tu guna la mangkuk biasa

Cara:

1. Dalam baldi tu, masukkan pencuci dalam 1/4 penutup dia, air suam dengan baking soda (optional tapi better ada).

2. Dalam mangkuk kecil, masukkan 1/4 pencuci pinggan dengan baking soda sikit je dalam setengah sudu. Gaul sampai sebati (tak pyh air)

3. Guna berus gigi, ambil campuran kat dlm mangkuk kecik tu, letak kat kotor makanan/air tu, berus. Dah tgk mcm hilang, masuk dlm baldi tadi.

4. Rendam. Lepas 30minit camtu, gosok tempat kotor tu. lepastu keluarkan air dalam baldi, masukkan air sejuk. 10minit camtu dah blh sidai.

I sometimes skip air sejuk tu takdo maso nak layan. Jadi je haha. Unless kalau kotor tu dah lama sgt baru nak basuh, baru buat.

Kesan Peluh

Second untuk kesan peluh. Kalau warna cerah shawl chiffon tu, dah sehari pakai, bila buka je ya Allah. Bekas peluh leher tu.

Bahan:

  • Baldi Mangkuk kecik
  • Baking soda
  • Pencuci pinggan
  • Berus gigi

Yang ni I dah testing banyak kali tapi kekadang rasa malas. Nasib baik jadi. Ni kesan peluh. Korang mesti familiar kan kalau pakai chiffon shawl.

Kesan Peluh

Caranya:

1. Campur baking soda dengan pencuci pinggan dalam mangkuk. Takyah banyak2. Cukup untuk besar kawasan kotor. Agak2 je.

2. Guna berus gigi, gosok yg dah campur tadi kat tempat kotor peluh tu. I kekadang pakai sponge punya belakang yg kasar warna hijau tu. Sebab kalau guna berus gigi, I frust. Lambat siap. Kawasan peluh tu dah la besaq. Guna berus gigi tak siap2 pulak rasanya.

  1. Dah settle sental, ambik baking soda lepastu spread atas tempat yang stain. Biar dalam 10minit.

4. Isi baldi dengan air suam dengan 1/4 pencuci. Masukkan tudung dalam baldi, sental sikit tempat peluh tu. rendam dalam setengah jam.

5. Lepastu bilas mcm biasa, sidai. Kalau tak hilang, repeat. Selalunya hilang je cuma banyak kerja sikit. Peluh stain kat chiffon kuat lekat,

Kesan Minyak

­Third, kesan minyak. Paling susah ni dia. Kalau korang perasan right away, masa tu jugak letak baby oil supaya dia serap minyak tu sikit.

kesan Minyak

Bahan and cara sama mcm stain peluh. Cuma gosok/sental punya step kena buat 2/3 kali. Sampai hilang.

Kalau chiffon kena mascara, guna pencuci pinggan. Sental. Basuh mcm biasa. Make sure kalau nak masuk dryer, stain hilang. Kalau tak, kekal.

SUMBER: Twitter twt_tudung

Published by
Naqiyatul Uzma