Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tentu ada yang mengalami masalah susah hati, gelisah dan stres. Situasi ini jika tidak ‘dirawat’ pastinya akan memberikan implikasi dalam kehidupan seharian.
Melalui amalan-amalan doa tertentu, hati akan jadi lebih tenang. Dekatkan diri pada Allah. Apabila kita sentiasa ‘dekat’ dengan Allah kita akan rasa lebih positif.
Boleh amalkan doa-doa seperti yang dikongsikan oleh Maihani Maizura ini.
DOA-DOA HILANGKAN STRESS DAN SUSAH HATI
Semakin jauh perjalanan, makin luas pemandangan.
Itu kalau di luar sana, tapi saat ini, perjalanan tidak kemana pun, cuma lama masanya menjadikan kita semakin menyimpan rasa. Ruang society di sempitkan hanya pada ahli kita sahaja. Inilah bahaya bila kita dah jadi macam “kera sumbang” walaupun terpaksa.
Baru sedar, hubungan kita perlukan dua dua – erat dgn keluarga dan masyarakat. Ini lah merangsang pemikiran, emosi dan perasaan lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi meneruskan kelangsungan hidup. Inilah realisasi – hablun minannas.
Inilah hikmah COVID 19, yang kalau kita sedar dan perhatikan kerana kita sedang kehilangan anggota kedua kita (masyarakat).
Ini semua menyedarkan kita bahawa saranan dalam Islam tentang ‘hidup berjemaah’ sangat perlu untuk merungkai penyakit sosial spt murung dan tekanan perasaan.
Walau besar manapun masalah yang membawa pada tekanan perasaan dan susah hati, ianya boleh dihadapi dengan baiknya jika tindak tanduk kita menepati syariat Islam.
Ads
Seketika masih dalam tempoh PKP, kekalkanlah untuk terus berdoa. Doa adalah senjata orang Mukmin. Doa memberi kekuatan pd yang lemah, orang tidak percaya jadi kuat keyakinan dan keberaniannya.
Saya kongsikan himpunan doa penenang hati dari Al Quran yang boleh diamalkan. Jom kita share dan cuba ikhtiar untku hafal disepanjang hari PKP yang berbaki.
*DOA HILANGKAN RASA SUSAH HATI, STRESS DAN GELISAH*
“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,Dan aku berlindung padaMu Dari cengkaman hutang Dan penindasan orang.”
In syaa Allah, masih punya masa untuk beramal dan menghafalnya.
Kita semakin menghampiri kemurungan kecil. Perasaan mudah terganggu, keletihan dan hilang tenaga, kadang kadang tak sedar kita cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Semoga doa-doa ini ada manafaat untuk berdepan berlarutnya PKP, sekurang kurangnya dalam masa dua minggu ini lagi.
Ads
Selaku Muslim, kita gunalah cara Islam dalam berdepan saat PKP ini. Manusia ini fitrahnya dipengaruhi oleh perasaan, jiwa dan nafsu. Jika unsur-unsur ini diganggu, ia mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan. Jadi antara cara terbaik adalah lakukan secara kerohanian.
Teruskan SOLAT, ZIKIR, SELALU DALAM BERWUDUK, SELAWAT. Banyak lagi..
Jangan berhenti berdoa.
Semoga semuanya selamat.
Semua pesanan ini khas utk diri ini yg sering alpa, jika ada yg baik guna lah.. jika tak baik maafkan.. Sekadar perkongsian pagi.
Surah ini merupakan surah Makkiyyah dan ada pandangan yang mengatakan surah Madaniyyah. Surah ini mengandungi lima ayat. Nama Al-Falaq diambil daripada kata Al-Falaq yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti waktu subuh.
Isi pokok surah ini ialah Allah Subhanahuwata’ala memerintahkan agar manusia berlindung kepada-Nya daripada segala jenis kejahatan.
Ayat-ayat ini mengajar manusia agar memohon perlindungan Allah Subhanahuwata’ala daripada segala kejahatan. Iaitu kejahatan manusia, jin dan syaitan.
Juga kejahatan binatang buas, binatang yang melata dan makhluk yang lain. Dan juga kejahatan bencana api, kejahatan dosa, hawa nafsu dan amalan buruk. Bahkan juga kejahatan yang terbit daripada diri manusia sendiri.
Hadis yang menceritakan sebab turun surah ini adalah hadis sahih dan tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Di mana seorang yahudi telah melakukan sihir terhadap Nabi SAW. Daripada kesan sihir itu, Nabi SAW hanyalah sekadar terasa sedikit pening dan sakit kepala dalam keadaan tertentu, yang sama sekali tidak menghilangkan kewarasan aqal fikiran baginda.
Allah SWT sememangnya memelihara baginda daripada sebarang perkara tidak baik, fikiran kacau, serabut dan tekanan mental.
Allah SWTberfirman:
وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ
”dan Allah-lah yang memeliharamu daripada gangguan manusia”. (Al-Maidah: 67)
5 AYAT PENDEK SEBAGAI PENDINDING DIRI
Sebelum tidur amal baca ini dulu. Lepas baca hembus tapak tangan. Selepas itu gosok satu badan.
Nabi SAW amalkan malam-malam. Sebagai pendinding dari sihir dan sifat dengki manusia.
Mana tempat yang Nabi tak sampai hendak sapu, baginda minta isterinya tolong sapukan.
Ayuh jom kita amalkan. Hafal sekali dengan maksudnya ya. Surah Alfalaq, hanya 5 ayat sahaja.
1. Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh.
2. Daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
4. Dan daripada kejhatan makhluk makhluk (penyihir) yang meniup simpulan simpulan (talinya)
5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakannya.
Moga membawa kebaikan buat diri kita dan sahabat-sahabat kita yang lain.
Sebut sahaja ‘abang kosmetik’, pasti kita terbayangkan usahawan sensas yang namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, Datuk Seri Aliff Syukri yang begitu sinonim melakukan kepelbagaian kandungan serta perkongsian-perkongsian panas dan menarik di laman sosial.
Namun, perkongsian terbaharu yang dikongsikan Aliff Syukri di laman Instagram miliknya baru-baru ini telah berjaya menyentuh lubuk jiwa netizen sekaligus membuatkan wargamaya ‘sejuk hati’ hingga ada yang nekad menjadikan Aliff Syukri sebagai sumber inspirasi tau!
Perkara berkenaan dimaklumkan Aliff Syukri sendiri menerusi sebuah muatnaik hantaran video di laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan memaparkan momen Aliff Syukri sedang menyantuni golongan asnaf dan juga mereka yang kurang berkemampuan dengan menganjurkan sebuah Majlis Pemberian Zakat bersama penduduk di sekitar Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.
“Doakan kejayaan saya ya Aminn. Alhamdulillah, tahun ni dah beberapa kali saya anjurkan majlis pemberian zakat.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, ramai yang terjejas pendapatan dan menghadapi masalah kewangan. Kami cuba membantu semua asnaf-asnaf di sini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.” jelas Aliff.
Netizen Sokong Tindakan Aliff Syukri, Hingga Ada Yang Jadikan Sumber Inspirasi
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan, untuk melihat respon yang ditinggalkan wargamaya berhubung perkara ini.
Rata-rata wargamaya menzahirkan rasa syukur serta gembira melihat usahawan kosmetik itu tidak ‘lupa daratan’ dan sanggup berkongsi rezeki bagi tujuan menyantuni, sekaligus meringankan beban para asnaf.
Lebih menarik lagi, dikalangan ramai yang menyokong serta menitipkan doa yang baik-baik buat Aliff Syukri sekeluarga. Ada dikalangan warganet yang mahu menjadikan kejayaan Dato’ Aliff Syukri sebagai sumber inspirasi dirinya.
Tidak kurang juga yang menyatakan akan menyokong membeli produk keluaran Aliff Syukri kerana akhirnya hasil keuntungan dari jualan produk berkenaan disalurkan ke jalan yang amat mulia. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet.
“Dato selalu jadi sumber inspirasi saya. Saya pun spm tapi alhamdulillah rezeki Allah beri. Semoga saya dapat bantu asnaf dan orang memerlukan seramai ini satu hari nanti. Aamin,” Ujar Netizen.
“Saya nak support Dato’ sebab saya tau hasil keuntungannya, Dato’ bantu orang pulak,” kata wargamaya.
“Alhamdulillah..Terima kasih dato dan datin berkongsi rezeki dengan mereka. Semoga makin melimpah rezeki dato dan datin,” tulis warganet
Hijabista mendoakan agar Dato’ Aliff sekeluarga kekal istiqamah melakukan perkara yang baik ini dan dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah serta tidak putus. Agar keluarga ini dapat terus memanfaatkan harta mereka dengan membantu golongan yang memerlukan serta berinfaq di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Penyanyi veteran tanah air, Zaiton Sameon, kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Syukur tidak terhingga diucapkan kerana masalahnya mendapat perhatian.
Penantiannya untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti. Status kad OKU itu boleh meringankan bebannya kelak.
Syukur masalah saya dapat perhatian – Zaiton Sameon
Dilaporkan oleh mStar, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh pula berkata, dia layak menerima status itu apabila doktor mengesahkan Zaiton alami masalah yang dipanggil traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.
“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon,
“Seperti kes Zaiton, dia masuk dalam kategori OKU fizikal yang disahkan oleh doktor sebagai trauma kecederaan otak.” katanya.
Zaiton Sameon yang pernah terlibat dalam kemalangan ngeri pada 1990 sehingga menyebabkan anak lelakinya terkorban melalui insiden itu. Dari insiden itu, Zaiton alami gangguan emosi yang teruk selain masalah hilang ingatan.
Penerimaan kad OKU itu juga menjadi tanda syukur buat Zaiton yang berusia 66 tahun itu. Dengan ini, ia dapat membantunya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Terdahulu, dia terpaksa mebayar sewa rumah yang berjumlah RM800 di Bukit Indah, Ampang. Dia juga memaklumkan kesukarannya untuk memohon kediaman PPR oleh kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. Sedih orang lain dapat tapi saya tak,
“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik,
“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri.” ujar Zaiton.
Pelantun suara lagu Menaruh Harapan itu juga menitipkan rasa syukur kerana dia dijaga dengan baok oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50, sejak 11 tahun lalu.
Kehidupannya banyak diuruskan oleh Che Sikah sehinggakan urusan nyanyian juga. Zaiton akui tidak mahu menyusahkan adik-beradiknya. Dalam pada masa yang sama, Zaiton giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ untuk menjana pendapatan sampingan.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...