“Kalau Orang Pandang Pelik, Keluarga Pesan Jangan Layan…” Gadis Istimewa Ini Yakin Bergaya Walau Diri Kekurangan

Share

Setiap orang dalam dunia ini diciptakan oleh Allah berbeza-beza. Ada yang sempurna dan ada juga tidak. Walaupun diri serba kekurangan namun tidak menjadi lasan untuk tampil yakin terutama dalam dunia media sosial tanpa sempadan ini.

Seperti perkongsian gadis ini di lamam sosial twitternya yang mana dia telah muat naik sekeping gambar beserta kapsen “it’s okayy to be different, right”. Gambar tanpa kapsyen panjang ini telah mendapat perhatian dari warga net.

Sebaik muat naik, posting ini telah mendapat retweet lebih 13 ribu dengan butang like pula melebihi 50 ribu.

Gambar ini menunjukkan gadis ini sedang #OOTD dengan menggayakan kurung moden serta hijab bawal yang dililit simple.

Walaupun menyedari diri ada kekurangan, namun dia tetapi yakin untuk berposing dan berkongsi kegembiraaanya di laman sosial.

Ketika dihubungi oleh Hijabista, gadis yang bernama Nurulain Hairulhaizuren ini memberitahu sejak kecil lagi lagi dia memang ada masalah ini.

Gadis ini rupanya seorang penuntut yang kini sedang meneruskan pengajian di UTHM dalam jurusan Information Technology.

Ketika dihubungi oleh Hijabista bertanyakan apa sumber kekuatan berhadapan situasi ini, dia yang menggunakan akaun nama @ainhhzr di twitter berkata sumber kekuatan utama dalam menghadapi situasi ini adalah keluarganya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi. Kalau ada orang lain pandang pelik saja pada saya, mereka suruh saya jangan layan,” ujarnya yang baru berusia 22 tahun.

Seperti orang lain, dia juga turut memasang impian tersendiri iaitu mahu membalas semula segala jasa yang telah diberikan oleh ibu dan ayah sejak dirinya kecil lagi.

Malah dia turut mendapat pujian dan kata-kata semangat bukan sahaja dari pengacara dan pelakon popular Neelofa yang memberitahu gadis ini bukan sahaja cantik tetapi unik.

Selain mendapat perhatian Neelofa, warga net lain juga masing-masing  melihat gadis ini seorang yang berani dan yakin dengan dirinya sendiri.

Teruskan bersinar

Kecantikan dalaman

Cute, unik dan cantik dalam cara tersendiri

Pandai bergaya

You are limited edition

Sweet girl

Published by
Siti Zurina