Kasihnya ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang basa kita dengar bagi menggambarkan betapa kasih dan sayangnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga bagi bonda kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menegur perbuatan anaknya itu ekoran tindakannya muat turun video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan. Dalam satu postingnya, Bonda Rozita memberitahu dia juga sakit bila orang kata tidak baik mengenai anaknya itu hingga undan sebak di hati netizen.
Namun sebagai ibu pastinya mengetahui sifat anaknya itu bagaimana. Dalam posting 1 hari yang lalu, bonda Rozita ada menulis menjelaskan sikap sebenar anaknya itu.
Anak ni perasan retis hollywood dn byk paparazi ciptaannya sendiri juga..Lawak betol dunia ” KEPERASANAN” dia..hakikatnya dia sgt advance bab media utk strategy bisnessnya..(produk dn bisnes kami xsama…dia dgn dia..dn sy dgn cara sy..)
Sy x blh follow cara dia bila jumpa sy dh tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dn xheran pun ..Malah sy carutkan lebih2 lagu sibobo tu..Dia kata sekadar kerja.. x cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
Jawabnya “Mak ingat sy rapat ke ..Xda makna lah..Mak kenal sy cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dn hakikatnya dia jenis xdemgar nasihat x peduli org ..( dlm family semua sayang dia sbb dia sgt baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun xleh nak cakap apa dah..tahankan je )
Bab baik dia ni dgn org2 miskin dn family dia pemurah hobi mmg suka cakap dn melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sgt faham dia
Anak ni kasi sy benda mahal ..mcm2 dikasi.. sy yg xsuka sbb sy xpakai..bazir bagi sy…haa kalau hadiah murah2 sy suka sgt lah
Kalau org kata dia xbaik..Sy sakit juga..anak kan..!! Hepi sgt hari ni dia dtg kasi tudung smabil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tuudng sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak xda ganti2 ke..??
Pakai tudung biar nampak muda selera gak dady tengok..kalau x dah rupa macam mak lampir ” diguraukan sy ni..Sy redho dn maklum sy tua dah..xmarah pun..
Dia komen rumah seni sy yg susah nk jaga akn dtg.. bebel lagi … “Mak buat lawa2 ni sape nk ambik alih kalau Mak dh xda..Ajim lah yg jaga kot ..Mak xda habis semua ni nanti Mak…”
Sy bebel kat dia..dia pulak bebel kat sy..Menantu sy senyum je dengar kami gaduh..
Netizen juga turut terkesan dengan luahan Bonda Rozita ini yang disifatkan begitu menyentuh hati. Maklumlah ibu mana tidak sedih bila anaknya dikecam dan dikritik secara terbuka di media sosial.
ahmadrxl Semoga kata2 nasihat dan doa bonda dapat menggerakkan hati anak bonda untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hati nanti. InsyaAllah. Ameeen
getsheraindah Betul kata bonda :”dah anak kita,x bnyk sikit ..hati ibu ttp sedih bila org kutuk anak kita”. Sabarlah Bonda.. Org tk kenal anak bonda sprti bonda.@aliefsyukriiwalau pon mulutnya mcm x der insurant bila brckp tp sy yakin dia baik. Sbb tgk dia syg bonda dn family nya.
najaco_sandwich_hut bonda sangat positif, inspirasi saya!
hamizah75@bondarozitaibrahim tak apa la bonda bnyk dah nasihat tpi saya bangga dpt ibu mcm bonda…
Sebelum itu Rozita juga ada menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.
“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.
Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.
“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku.
Komen tersebut mendapat sebanyak lebih 14, 000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.
Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum itu selebriti Wardina Safiyyah juga ada menegur perbuatan Aliff Syukri ini dengan menulis di ruangan instagram. Namun jutawan kosmetik ini menerima baik teguran berkenaan dengan membalasnya dalam posting
terdahulu.Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. .