Dek kerana mahu kelihatan cantik berseri dan awet muda, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah. Fitrah seorang wanita yang sukakan kecantikan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kelihatan cantik.
Sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4
Ads
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
CARA AMALAN:
Ads
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bergelar isteri adalah saat paling bermakna buat seorang wanita. Sebaik sah ijab kabul, menjadi tanggungjawab isteri untuk patuh dan taat dengan segala arahan suaminya.
Begitu juga suami yang perlu percaya kehadiran seorang itu juga boleh dianggap sebagai penambah rezeki. Ini antara sikap isteri yang dikatakan boleh membawa rezeki berlipat ganda pada suaminya.
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
Istri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga yang dipraktikkan oleh isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida yang menyuruh anak perempuan, Qadejah El Zahra baru berusia 9 tahun untuk mengenakan hijab. Dalam satu posting, Datin Seri Shahidah bersyukur kerana anaknya boleh mengikut kata dan mendengar cakap apabila disuruh bertudung.
Berbeza dengan pengalamannya dulu ketika disuruh memakai hijab oleh ayahnya. Waktu itu menurutnya beliau tidak mendengar kata sehinggalah ayahnya itu memberi arahan jika tak pakai tudung jangan keluar dari rumah.
Menurutnya lagi memang beliau bertudung apabila keluar tetapi lepas sedikit jauh dari rumah, Datin Seri Shahida akan membukanya.
Malah beliau turut berharap agar anak perempuan tunggalnya itu tidak akan mengikut kenakalan perangai ketika di zaman mudanya dalam soal berhijab.
Waktu itu zaman muda dan beliau akui mahu merasai semua pengalaman bergelar remaja yang memang menyeronokkan.
Datin Seri Shahida memberitahu dia mula berhijab seawal usia 14 tahun walaupun sebenarnya beliau teringin untuk ‘free heair’ sehingga usia mencecah 15 hingga 16 tahun.
Tambahnya ketika itu beliau sudah mengikat rambutnya lawa-lawa tetapi tiba-tiba tidak rasa untuk keluar sebab tak memakai tudung. Daripada situ beliau belajar jika sudah biasa berhijab, insya-Allah niat itu akan Allah pelihara.
Isteri ksayangan Datuk Seri Aliff Syukri turut menambah bagi yang tidak berhijab bukan bermaksud mereka tidak baik.
Malah baginya ada yang sangat-sangat baik sepanjang berkawan dengan mereka (yang tidak berhijab) ini. Cumanya belum dibukakan hati oleh Allah untuk berhijab.
Rata-rata netizen turut memberi komen yang positif dengan perkongsian yang disampaikan. Malah ada yang mengatakan Qadejah sangat comel dan iras muka ibunya apabila berhijab.
Kisah wanita bukan Islam yang merupakan seorang penyanyi latar yang terkenal di Kerala, India ini pernah menjadi viral tidak lama dahulu.
Ini kerana Sitara Krishna Kumar yang memenangi anugerah lagu peringkat negeri sebanyak dua kali ini mendedahkan bahawa anaknya akan terlena jika mendengar alunan zikir nyanyiannya.
Dalam satu temubual, pengacara telah bertanya kepadanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anak perempuan kecilnya.
Sitara mengatakan ada banyak lagu yang dinyanyikan tetapi mengikut masa yang berbeza. Yang menjadi tanda tanya, anak kecilnya kerap mahukan satu lagu arab yang berbunyi begini…
Indah sekali alunannya itu. Sememangnya zikir Hasbi Rabbi ini boleh menenangkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sama-samalah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.