Kalau Nak Muka Cantik Macam Selebriti Ini, Cuba Amal Doa Nabi Yusuf. Confirm Berseri-Seri!

Share

Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.

Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.

Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.

Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:

Maksud surah Yusuf, ayat 4:

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.

Maksud surah Thaahaa ayat 39:

Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Caranya:

  • Dibaca 3 kali kemudian sapu pada wajah.
  • Amalan ini sesuai untuk mereka yang berat jodoh.

Amalkan doa penyeri wajah ini dengan niat yang baik terutama bagi isteri yang mahukan suami menyayanginya.

Sumber: Oh My Media

Published by
Norhasliza