Kesihatan antara perkara penting yang perlu kita jaga sepanjang bulan Ramadan. Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan ada yang terasa badan lemah dan tidak bertenaga. Bulan Ramadan ialah bulan kita mengumpul sebanyak-banyak pahala.
Apabila kesihatan terganggu maka tentulah aktiviti ibadah juga turut terganggu. Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan bagi memastikan kita terus bertenaga bagi memastikan matlamat kita untuk menunaikan amal ibadah mencapai sasaran.
Berikut perkongsian dari Doktor Hafiz Sulaiman.
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ini. Setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawih jemaah sebab sakit.
Waktu awal puasa terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak dapat lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah. Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya. Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita.
Tak molek kita tidur lepas bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita. Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat.
Semoga kita mendapat keredaanNya di bulan Ramadan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Sumber kredit: Dr Hafiz Sulaiman