Kesihatan antara perkara penting yang perlu kita jaga sepanjang bulan Ramadan. Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan ada yang terasa badan lemah dan tidak bertenaga. Bulan Ramadan ialah bulan kita mengumpul sebanyak-banyak pahala.
Apabila kesihatan terganggu maka tentulah aktiviti ibadah juga turut terganggu. Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan bagi memastikan kita terus bertenaga bagi memastikan matlamat kita untuk menunaikan amal ibadah mencapai sasaran.
Berikut perkongsian dari Doktor Hafiz Sulaiman.
5 Perkara Penting Harus Jaga Supaya Sihat Di Bulan Ramadan
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ini. Setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawih jemaah sebab sakit.
Waktu awal puasa terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak dapat lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
Pemakanan
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah. Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya. Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita.
Stress dan senaman
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres. Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa. Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
Aktiviti dan pergerakan
Tak molek kita tidur lepas bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita. Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
Tidur
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu. Cukuplah tarawih sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
Hubungan sesama insan
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan. Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa. Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat.
Semoga kita mendapat keredaanNya di bulan Ramadan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Sumber kredit: Dr Hafiz Sulaiman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI