Setiap individu beragama Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Yang menjadi masalah adalah mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Sejujurnya, masih ramai lagi yang mengalami masalah ini. Ketika mahu atau sedang solat, pasti ada sahaja perkara duniawi yang bermain di fikiran.

Sepatutnya sewaktu solat fokus kita tertumpu sepenuhnya pada Allah. Solat itu akan dipanggil khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah sepanjang waktu anda melakukan solat.

Tetapi bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Tip ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Penulis Misteri tentang 4 perkara yang boleh anda amalkan sekiranya mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.

************************************************************************

IKLAN

Rugi jika tak belajar ilmu khusyuk solat. Saya ringkaskan disini caranya.

Step 1 – Buat persediaan solat

Solat awal waktu, bersih diri, sugi/gosok gigi, jangan solat tika makanan dah terhidang (waktu sangat lapar) or masa tahan buang air, don’t over makan dan minum sebelum solat dan tak bazir air wuduk.

IKLAN

Step 2 – Bila nak solat

Foto: Google

Jawab azan dan iqamah. Cuba untuk solat berjemaah. Ni paling penting: cuba untuk hadirkan hati – maksudnya fokus yang awak solat tu bukan sebab itu suruhan tapi sebab awak nak sangat ‘bicara hati’ dengan Allah. U sendiri nak solat. Bukan sebab lain. Fikir tu your last solat. Maybe pasni mati.

Step 3 – Masa solat

Cuba fahami setiap apa yang disebut dalam Arab tu dalam bahasa sendiri. Faham maknanya. Awak kena study balik buku fardu ain, cari makna tiap satu dari takbir sampai tahiyyat. Sujud proper, jangan tekan sampai hitam dahi. Bicara dalam-dalam masa tu. Mohon ampun, jangan fikir dunia jap.

IKLAN

Step 4 – Jangan tergopoh-gapah solat

Smooth and steady. Kena ada tertib dan tama’ninah (maksudnya ketenangan). Last sekali, ingat firmanNya (qs Taha:14): “dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.

Moga kita semua temui anugerah khusyuk dalam solat. Amin.

Sumber: Twitter Penulis Misteri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI