Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
Ads
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Ads
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
Ads
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain terdedah dengan kulit wajah berjerawat, kaum wanita juga sering mengalami masalah perut buncit. Tidak semestinya masalah ini dialami oleh mereka yang berbadan besar, ada juga yang bertubuh kecil turut mengalaminya. Perkongsian dari Azlina Aina di laman sosial facebook ini memberi petua bagaimana membuat minuman detoks yang boleh mengatasi masalah perut buncit dengan hanya menggunakan dua bahan alami.
Menurutnya air detox ini bukan sahaja untuk mereka yang mahu elakkan perut buncit, tetapi juga bagi mereka yang mahu turunka berat badan. Turut boleh diamalkan untuk merawat kolesterol tinggi, darah tinggi dan juga kecing manis.
1 biji lemon – dihiris nipis
1/2 sudu halba – (sangai terlebih dahulu)
1. Hiris limau nipis-nipis
3. Tunggu air jadi suam dan kemudian boleh diminum. Air selebihnya boleh simpan dalam peti ais.
P/S: Untuk minum buat kali ketiga, buang lemonnya dan buat baru. Proses pembuangan toksin melalui pembuangan air besar, kecil dan penuh.
Bagi mereka yang ada gastrik juga boleh minum kerana adanya halba berkenaan. Air lemon kosong tak sesuai bagi mereka yang ada gastrik.
Tiada siapa menduga wanita ini terpaksa dibuang ovari kerana didapati ada masalah pada organ berkenaan. Malah setelah di diagnos doktor, dikatakan adalah disebabkan makan jamu bermula Januari lalu. Dek kerana tidak mahu masalah sama berulang, dia turut menasihati rakannya untuk berhenti dari memakan jamu berkenaan.
Wanita ini yang ditahan di wad agak lama baru berkesempatan memberitahu rakannya itu dan menyuruh untuk segera menghentikan pengambilan jamu yang dimakan.
Menurut laporan doktor yang dibuat, wanita ini mengamalkan makan jamu sehinggalah mengakibat kerosakan pada bahagian tiub ovari.
Apa yang lebih memeranjatkan bahagian dalam berkenaan sudah teruk dimakan kuman. Walaupun rakannya dihambat rasa bersalah kerana memperkenalkan jamu berkenaan padanya, tetapi dia sesekali tidak menyalahkan sebaliknya berkata ia adalah ujian dari Tuhan.
Sungguh mulia hatinya. Ayuh, kita ikuti perkongsiannya. Semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati mengambil sebarang suplemen.
Viral bebeberapa hari lepas apabila seorang pengulas fesyen menyelar mereka yang berbadan besar untuk tidak hadir ke majlis pertunjukkan fesyen. Ini kerana menurutnya daging berlebihan di kiri kanan peha akan terlepas pada kerusi bersebelahan menyebabkan orang yang duduk di situ tidak akan rasa selesa. Ramai yang mengecam kenyataan berani dari pengulas fesyen wanita ini.
Tidak salah sebenarnya mereka yang berbadan besar untuk hadir ke majlis sebegitu, asalkan tahu cara atau etika berpakaian yang sesuai. Diambil dari blog Lala Rahim yang sudah 9 tahun dalam dunia blogger, memberi tip fesyen bagaimana sesuai untuk mereka yang berbadan besar supaya nampak kurus.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka bertubuh Plus Size memilih pakaian bersesuaian dan tidak akan diperlekehkan atau rendah diri dalam setiap majlis yang dihadiri.
Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.
1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.
2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.
3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar.
4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.
Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.
5) Nak pakai jeans atau skirt?
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya! Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.