Jerawat yang sering muncul pada wajah tentunya akan buat anda rasa ‘down’ dan kurang berkeyakinan kerana malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Jika jerawat kecil pun sudah malu, apatah lagi jika muka sedang ‘breakout’. Rasa nak sorok je muka dalam baju dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun.
Wajah ‘breakout’ mungkin disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu produk hingga menyebabkan jerawat timbul dengan teruk sekali. Jangan risau hijabi, setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya.
Menurut seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebook, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk kecutkan jerawat yang ada pada wajah.
Lebih menarik apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Nauf Safuan ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Sumber: Facebook Nauf Safuan