Tatkala ditanya sama ada pernah atau tidak dia kesal dengan kehidupan sebelum ini? Agak lama Shamsul Ghau Ghau atau lebih mesra dipanggil Paksu terdiam.
Dengan menghela nafas panjang, dia menjawab, “Sebab itulah Allah sediakan pintu taubat. Allah cipta malaikat yang tak pernah buat dosa langsung, buat pahala je. Allah cipta syaitan/iblis, dia buat dosa sahaja, pahala langsung tak buat. Dan Allah cipta manusia, kadang-kadang dia buat dosa, kadang-kadang dia buat pahala.
“Ya, tentulah saya rasa kesal dengan kehidupan saya sebelum ini. Sebab kita nak sesuatu yang kekal abadi iaitu syurga Allah. Bila rasa kesal itu datang, saya akan solat, istighfar, bertaubat dan minta ampun pada Allah. Minta maaflah dengan Allah bersungguh-sungguh. Menangislah.”
JIKA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH MASA LALU, APAKAH YANG PAKSU INGIN UBAH?
Kalaulah saya boleh mengubah masa pastinya saya akan belajar agama. Dulu tak de kelas tahfiz. Kalau ada pun sekolah pondok je. Lagi pun dahulu ibu bapa lebih tekankan tentang ilmu dunia. Saya ambil kata-kata Syamsul Yusof Haslam, dia pernah berkata, “Kalau masa boleh di ‘u-turn’ dia nak jadi imam. Kenapa nak jadi imam sebab bila jadi imam dia akan baca al-Quran. Bila baca al-Quran dia boleh hafal al-Quran dan lebih menjiwai al-Quran. Jadi andai dapat saya undurkan semula masa yang telah berlalu, saya nak belajar al-Quran secara detail. Saya nak belajar tentang al-Quran secara betul. Mungkin nama saya akan jadi Shamsul Azhar Al-Hafiz barangkali (sambil tersenyum).
PAKSU GEMAR ‘RIDE’ DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI BERSAMA RAKAN-RAKAN. ADAKAH IA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU MEDIUM UNTUK PAKSU MENJALANKAN MISI DAKWAH?
Orang yang stres bila dia ‘ride’, dia akan rasa bebas. Bila lama-lama ia jadi hobi. Selalu orang pergi ‘ride’ biasa dipanggil ‘breakfast ride’ namun bila dah masuk bidang dakwah, tak kan kita nak buat perkara yang sama. Maka daripada ‘breakfast ride’ kita tukar jadi ‘dhuha ride’. Memang kita nak sarapan tapi dalam masa yang sama kita buat solat dhuha. Bila kita hijrah, hobi ‘ride’ pun kita tukar ikut kesesuaian. Jadi kita ubah jadi ‘ride to masjid.’Kita didik masyarakat kita untuk baca doa sebelum mulakan perjalanan. Di kawasan tempat tinggal kami, ada komuniti bikers yang dikenali sebagai ‘Jemaah Bikers.’ Komuniti ini lebih kepada Islamik. Secara tidak langsung melalui program begini program dakwah dapat disampaikan secara mudah kerana sesungguhnya Islam itu mudah.
Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001. Saya rasa sebak sangat. Sedih hingga tidak mampu menahan air mata daripada mengalir. Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?
Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan. Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Alhamdulillah pada 2004 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid. Walaupun diberikan jalan namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian, masa untuk ke masjid terbatas.
Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya. Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan. Ketika itu hati saya sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhi untuk mengaji semula serta mendalami agama.
IKLAN
NASIHAT KEPADA GOLONGAN YANG INGIN BERHIJRAH/BERUBAH?
Untuk berubah, penuhi tuntutan daripada Allah. Bagi wanita, tutup aurat sebaik yang mungkin. Yang kedua, pelajari ilmu, cari ilmu. Kita yang kena cari ilmu kerana ilmu tidak akan datang mencari kita. Carilah guru yang memang ada ilmu. Bergurulah dengan guru yang betul agar dapat membimbing kita ke jalan yang diredai.
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
Antara kebaikan yang dapat kita perolehi dari surah ini adalah:
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikurniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Semoga dengan mengamalkan membaca surah Ar-Rahman ini dapat mendekatkan kita dengan Allah SWT dan semoga kita diberikan kebaikan dari-Nya. InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan Hijabista, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Intan Akui Kini Lebih Peka Dan Memilih Watak
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Intan Belajar Banyak Perkara Sejak Bergelar Ibu
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Siapa tidak kenal dengan pelakon, Eleena Sui yang memegang watak Inara dalam drama popular Suri Hati Mr. Pilot yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon jelita itu telah berkongsikan perjalanan dirinya yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak Mac tahun lalu.
Belum Bersedia Kongsi Kisah Hijrah, Eleena Sui Harap Dikurniakan ‘Istiqamah’
Menerusi hantaran video berkenaan, Eleena telah berkongsikan detik-detik penghijrahan yang dilakukanya sepanjang tahun lalu.
Malah, jelasnya dia sudah mengenakan hijab sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan oleh agama Islam, justeru memohon orang ramai agar mendoakan dia kekal istiqamah dalam penghijrahanya itu.
Bagaimanapun, Eleena mengakui bahawa dirinya masih belum terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum buat masa ini.
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya.
Tambah Eleena lagi, dia kini berada dalam fasa mahu memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik. Walaupun getir untuk melaksanakannya di awal-awal penghijrahan.
Namun, Eleena berkata itu bukanlah hanlangan yang boleh membantutkan niat sucinya untuk berhijrah kearah lebih baik.
“Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi saya sedang belajar perlahan-lahan'” katanya.
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.