Mungkin anda pernah sahaja rasa badan selalu ‘berangin.’ Selalu sahaja perut kembung dan sendawa tidak berhenti kerana badan selalu berangin. Ada juga yang mengambil tindakan dengan mendapatkan rawatan seperti berurut dan sebagainya. Namun masalahnya, masalah angin yang dihadapi tidak juga berkesudahan.
Ramai orang tidak sedar penyakit ‘angin’ sehinggalah ia menjadi teruk. Awal-awal pandang remeh sahaja. Selalu angina ini dikaitkan dengan gastrik, kembung atau hati kecil kita sedapkan diri…”Ni sebab lambat makan”
“Stres kerja kot, sebab tu fikit macam-macam”.
Tak ramai yang tahu sebenarnya sakit angin ini kemungkinan berisiko sebabkan:
1) Gangguan mental: fikir negatif banyak, risau-risau, OCD.
2) Badan sakit-sakit
3) Lesu tiada tenaga
4) Sendi bermasalah terutama sakit jari, lutut dan belakang.
5) Hujung kaki pucat, kebas-kebas. Kuku pecah-pecah.
6) Masalah pencernaan: Kembung, refluks asid, cirit atau sembelit.
7) Alahan jadi teruk: Ekzema, asma, resdung, migrain.
8) Gangguan hormon: Cyst, fibroid, period terganggu.
9) Sesak dada, stamina kurang, berdebar-debar.
10) Penyakit autoimmune (antibodi serang badan sendiri).
Banyak lagi tanda-tanda lain awal yang sebenarnya kita abaikan. Saya sendiri dah hidup lebih 20 tahun dengan tanda-tanda ini tanpa saya sedari. Bila umur mencecah 30 an, baru jelas semua sakit-sakit itu.
Tapi saya sudah jumpa ramai yang bermula lebih awal.
Orang-orang muda kita ramai yang belasan tahun..anak-anak sudah nampak tanda gangguan mental terutamanya.
Kesimpulan yang saya dapat buat ialah lifestyle kita zaman moden ini yang menjurus ke arah penyakit-penyakit yang sudah jadi biasa sangat ini.
# Anak-anak kita sudah tidak main sudah di luar dengan kawan-kawan. Majoriti suka duduk rumah main game.
# Kita sendiri orang dewasa sibuk bekerja, riadah di taman dan padang sudah kita gantikan dengan senaman di gimnasium waktu malam. Bukan tidak bagus, lagi bagus daripada tiada. Tapi ia ganggu fitrah badan kita.
# Pemakanan zaman moden seperti fastfood, makanan pek yang sangat proses. makan bergandum macam roti/biskut/mi/pasta sudah tidak sama macam makanan nenek moyang kita.
# Tidur lewat bukan sahaja kurangkan waktu badan rehat, tetapi juga ganggu sistem hormon dalam badan. Badan jadi radang, sistem detoks badan jadi lemah.
# Kita banyak terdedah kepada bahan toksik. Periuk kuali kita masak, sabun syampu dan minyak wangi kita guna. Mainan anak-anak kita. Macam-macam sebenarnya boleh rosakkan badan.
Semua faktor-faktor ini sebabkan badan kita jadi STRES. Bukan saja emosi kita stress, fizikal kita stress, mental kita stress dan jiwa spiritual kita pun turut stres.
Berbaliklah kepada lifestyle fitrah. Pulihkan perut, sebab itu punca penyakit. Jangan tunggu sampai terlambat. Ubat paling hebat pun tidak mampu rawat. Cegah sebelum padah.
Sumber kredit: Dr Hafiz Sulaiman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI