‘Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama’- Heliza Helmi Bersyukur Dengan Aturan Indah Tuhan

Share

Walaupun sudah hampir seminggu bergelar seorang isteri, pernikahan Datin Seri Heliza Helmi bersama suami tersayang, Datuk Seri Mahadi masih hangat diperkatakan hingga ke saat ini dek kerana yang masih tidak percaya Heliza atau mesra disapa Kak Ja kini sudah berkahwin.

Sah bernikah pada 1 Januari yang lalu, Kak Ja akhirnya berkongsi foto pernikahannya di laman instagramnya sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan jodoh yang terbaik buat dirinya.

Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan…

KUN FAYAKUN . Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi

Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama 😅

Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.

Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi menZaujahkan diriku ( eh ada ke ayat ni 😅) ini yang bukan shiapa shiapa…

Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar pasangan mempelai ini terus melayari alam perkahwinan dengan bahagia termasuklah usahawan tular, Iqbal Zulkefli.

ig: @aqo_imran

Selamat Pengantin Baru Kak Ja & Mahadi!

ig: @aqo_imran
Published by
QIST