Walaupun sudah hampir seminggu bergelar seorang isteri, pernikahan Datin Seri Heliza Helmi bersama suami tersayang, Datuk Seri Mahadi masih hangat diperkatakan hingga ke saat ini dek kerana yang masih tidak percaya Heliza atau mesra disapa Kak Ja kini sudah berkahwin.
Sah bernikah pada 1 Januari yang lalu, Kak Ja akhirnya berkongsi foto pernikahannya di laman instagramnya sambil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan jodoh yang terbaik buat dirinya.
Terlalu bersyukur atas segala yang Allah aturkan…
KUN FAYAKUN . Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi
Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama 😅
Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.
Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi menZaujahkan diriku ( eh ada ke ayat ni 😅) ini yang bukan shiapa shiapa…
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar pasangan mempelai ini terus melayari alam perkahwinan dengan bahagia termasuklah usahawan tular, Iqbal Zulkefli.
Selamat Pengantin Baru Kak Ja & Mahadi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Alami Melecur Teruk Di Wajah & Leher Hingga Sebabkan Kecacatan Lepas Guna Khidmat Spa Bergerak
Wanita dan dunia kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Malah dek kerana obses dengan kecantikan menyebabkan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan penampilan sentiasa menarik dan cantik. Ada yang menggunakan petua tradisional dan ada juga mendapatkan servis spa secara mobile dengan pusat kecantikan. Tetapi tidak semua pusat kecantikan menawarkan servis yang bagus. Perkongsian wanita ini Nur Narquiyah Halil di facebook menceritakan bagaimana kawannya mengalami melecur tahap 3 di bahagian wajah setelah mendapatkan rawatan spa bergerak.
Apa yang mengecewakan pihak terbabit di pusat kecantikan berkenaan bersikap sambil lewa dan tidak memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.
Kesan kecederaan itu telah menyebabkan wajah kawannya itu mengambil masa cukup lama untuk pulih seperti sedia kala.
Malah menurutnya juga kecacatan berkenaan di wajah juga menyebabkan anak mangsa takut untuk melihat dirinya.
Pada hari Ahad, kawan saya inazalina mendapatkan servis facial dgn mobile spa The Walking Beauty Project, dengan pakar kecantikan Joji.june.
Apa yg mengecewakan adalah, yg kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yg menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dahla dia tak dengar ckp kawan sy yg risaukan steamer tu terlalu dekat, sudahnya mmg betul2 tumpah.
Ko rasa? Kawan saya pon pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yg terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan dan apa yg lebih mengecewakan kawan saya ini bekerja sebagai customer servis yg perlu berjumpa org setiap hari.
Kawan saya menghubungi pakar krcantikan tersebut utk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam ward, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c shaklee sebagai “pampasan”.
Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu.
Oleh itu, saya disini membantu mencoretkan post ini utk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yg tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dpt panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak The Walking Beauty Project lg. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda.
Tiada apa lagi yg boleh kembalikan muka beliau seperti dlu, telanla berkotak-kotak supplement ataupun buat segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yg sgt panjang utk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau?
Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pon takut nak tgk muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanla post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.
Sekian,
Nukilan ikhlas dari saya, Quiyah.
Perkembangan terkini, mangsa juga telah membuat report polis dan akan bertemu dengan pihak peguam bagi menyelesaikan kes ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakit Masa Final Exam Tak Halang Gadis Ini Untuk Terima Anugerah Naib Canselor. Memang Hebat!
Kejayaan tidak akan datang dengan mudah tanpa sebarang usaha. Manisnya kejayaan itu akan anda rasai setelah anda bersusah-payah menempuh pelbagai dugaan serta onak dan duri.
Begitu juga dengan kejayaan gadis bernama Aina Fazlen yang berjaya meraih Anugerah Naib Canselor, Anugerah Pelajar Terbaik Pengurusan Hartanah dan Anugerah Pencapaian Terbaik 4 Semestar. Tentunya ada pelbagai rintangan serta dugaan yang dihadapi olehnya.
Dari kaca mata junior Aina Fazlen bernama Akram, dia turut berkongsi kesusahan serta rintangan yang dihadapi oleh Aina Fazlen sebelum gadis ini berjaya meraih kejayaan seperti hari ini. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda semua.
Untuk setiap kejayaan, akan ada story di sebalik tabir. Susah payah tu orang bukannya tahu. Yang orang nampak hanya kita sarung selempang gah kita masa majlis convo. Padahal sacrifice kita tu kemain dahsyat lagi. Allah je tahu.
Ini adalah kisah Aina Fazlen. Student UiTM Seri Iskandar.
Akak ni ialah senior aku. Kami belajar dalam Kursus Diploma Pengurusan Hartanah. Tujuan aku share tentang kejayaan Kak Faz ni sebab aku rasa cerita tentang kejayaan ni wajar dikongsi. Kita bagi ruang sikit untuk thread motivasi ececeh.
Aku tahu ramai yang nak dengar sendiri dari budak-budak convo yang dapat award, macam mana cara dorang handle life supaya dapat balance dengan social & academic life.
Lagi excited, Kak Faz ni jenis hijabistilister yang pentingkan imej & tak ketepikan akademik. To be honest lah kan, ini yg aku kagum sebenarnya. She manage to balance beauty management & score paling max in academic.
Bukan semua orang mampu buat macam tu. Like some people rather abaikan buku sebab sibuk pakai face mask highlighter so on.
Kak Faz ni aku dok peghati je dia masa aku first time jaga booth jual karipap pagi2. Dia memang jenis suka dress up yang on point. Sangat stylish & posh.
Kebetulan pulak, classmate aku rapat dengan Kak Faz. Classmate ni ceritalah yang Kak Faz ni memang jenis sangat rajin & selalu bantu kalau junior perlu bantuan tutoring.
Dia selalu bagi past year questions kat junior. Siap buatkan modul berserta jawapan lagi supaya junior senang rujuk. Terharu kan!
Berbalik kepada kisah selepas SPM, Kak Faz dilema sikit dalam pemilihan kursus untuk sambung kat U. Dia nak go for medic tapi takde rezeki. Dia nakkkk sangat tp dia terspoil SPM. Dia dapat upu TESL kat UPSI tapi hati kata tak mahu. Sudahnya, Kak Faz applylah second intake UiTM.
Diploma Pengurusan Hartanah ialah first choice Kak Faz. Cabarannya dekat sini bila netizen pandang rendah pada golongan second intake.
Second intake ni kononnya tak figure out life lg. Konon had no clue nak jadi apa. Bazir setengah tahun kan.
“I nak masa convo, I pakai selempang & make my parents proud.”
Itu je yg Kak Faz fokuskan. Bila dah tekad camtu, Kak Faz pun buatlah cliché, tampal gambar parents kat dinding bilik UiTM serta letak kata-kata semangat.
Bezanya kat sni, Kak Faz memang betul-betul tatap gambar parents untuk gain semangat. Bukan bazir letak gmbar passport parent tapi end up pandang pun tidak, semangat belajar ke laut tak timbul2. Mahal tau sekeping RM1.20.
Masa orang tidur, masa tulah Kak Faz bangun study. Aku selalu bangun pukul 4 pagi. Ingatkan tu dah cukup awal. Rupanya Kak Faz jauh lebih canggih dari aku.
Dia study pkul 3 pagi gais. Perit itu sementara tapi bila dah biasa, semua dipermudah. Cabaran kedua pula, Kak Faz ni ada satu penyakit yang dia je tau penderitaannya macam mana. Orang yang tak rasa tak tahu.
Dia setiap sem ada sakit perut yang extreme. Sakit punya sakit sampailah masa sem 5, dia kena operate. Ambulans datang UiTM ambil bawa pergi Hospital Lumut. Masa tu tengah final exam. Punyalah tragedi.
A day after operation, Kak Faz jawab exam dengan masih pakai ward punya tag. Bila cerita pasal sakit perut ni bukan yang sikit-sikit, tapi yang cukup untuk merosakkan beberapa minggu sebelum exam.
Jadinya, persediaan exam jadi merosotlah. Kawan Kak Faz yang tolong bacakan buku untuk Kak Faz. Kak Faz dengar sambil tanya-tanya untuk faham. Ada jugalah cirit-birit sampaikan paper Building Kak Faz tak baca pape langsung. Asyik menjenguk tandas dan mood belajar hilang sebab tak selesa.
Tapi bila Allah tu nak bantu, bila Dhuha menunjukkan functionnya, dengan izin Allah Kak Faz dapat score A+. Sebenarnya, untuk berjaya bukannya susah. Ada dah tersedia caranya.
Yang susahnya bila kita memilih untuk ikut semua atau hanya beberapa cara sahaja. Diri kita yang tahu apa kemampuan & sacrifice yang kita boleh buat. Cara nak berjaya ni cliche sangat gais. Tapi ramai yg deeeeegil.
Ramai yang nak sacrifice sikit, tapi nak hasil yg besar. Amal tips yang hanya nafsu kata ok. Tips keagamaan pandang sepi. So itulah gais. Nak berjaya perlukan sedikit pengorbanan.
Sumber: IG Aina Fazlen & Twitter @silly_boney
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Itali. Rakyat Malaysia Di Fasa 3. Sila Fahamkan!
Isi Kandungan
ToggleUlang kicau di tweet membuat ramai untuk berkongsi fasa yang rakyat Itali telah lalui. Berikutan ramai rakyat Malaysia masih tidak faham dengan tindakan kerajaan anjurkan. Hijabista ingin berkongsi 6 fasa Covid-19 yang dia lami rakyat Itali dan Malaysia tahap 3.
Mohon baca sampai habis sgt berguna sbg panduan utk masa kuarantin skrg…
6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui. Malaysia Di Fasa 3 Sekarang
Baca sampai habis – Sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat – Ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini *Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini.* Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan *3500 kes Covid-19 yang baru.* Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, *kita hanya 2 minggu di belakang mereka.* Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Semalam, hari pertama *Kawalan Pergerakan* yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan. Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle dan auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobik di sana. Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. *Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.* Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Itali, seorang rakyat Itali telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy. Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi. Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
Fasa 1
- Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.
- Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
- Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.
- Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
- Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.
6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
Fasa 2
- Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.
- Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar.
- Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan _”Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”.”
- Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.
- Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.
- Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.
- Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.
- Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia.
- Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.
- Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.
- Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.
- Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
Fasa 3
- Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
- Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
- Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.
- Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
- Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.
- Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.
- Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
- Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.
- Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.
- Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.
- Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
- Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
- Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.
- Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.
- Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
- Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
Fasa 4
- Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
- Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.
- Di hospital, bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doktor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
- Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.
- Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.
- Itali sudah sampai ke fasa ini.
Fasa 5
- Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.
- Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
- Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
- Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.
- Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.
- Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
- Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.
- Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.
- Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.
Fasa 6
- Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.
- Akhirnya, 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
- Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.
- Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.
- Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.
- Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.
- Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
- Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19. Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing. Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata. Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, _”Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah….”_
*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI