
Isi Kandungan
ToggleGenting Highlands, sebuah kota keriangan dan lokasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta pemandangan yang indah, ia sering menjadi pilihan anak muda untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan BFF anda.
Boleh dikatakan ia merupakan satu tempat menarik di Pahang yang wajib anda kunjungi. Anda boleh ke Genting Highlands dengan memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam seperti bas. Buat anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk naik ke atas.
Hujung minggu ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk melupakan segala penat lelah serta kesibukan kerja dengan bercuti ke Genting Highlands. Bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur kan? Hijabista kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Rugi kalau tak pergi!
1. Alive Museum
Muzium ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar! Alive Museum mempamerkan trick art, object art dan karya seni lain yang sangat menakjubkan. Karya seni melalui pengalaman 3 dimensi pasti membuatkan anda terpegun dan teruja. Setiap gambar yang diambil akan nampak macam ‘real’. Tentu akan mendapat banyak likes di media sosial.
2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium
Jangan terkejut bila anda masuk ke dalam muzium ini kerana terdapat pelbagai koleksi yang tidak masuk akal dipaparkan di sini. Anda tentu akan terkejut melihat kesabaran yang dimiliki oleh manusia dalam usaha mewujudkan perkara-perkara tersebut. Barangan yang dimiliki memang ‘gila’ dan pelik.
3. Zombie Outbreak
Kalau anda suka pergi ke tempat yang seram, cuba jejakkan kaki di Zombie Outbreak dan rasai sendiri pengalaman dikejar zombie di sini. Secara jujur, Hijabista sendiri terasa seram memasuki rumah zombie ini. Dengan suasana yang gelap serta bunyi zombie yang bermain-main di telinga anda, anda pasti akan lari seperti tidak cukup kaki.
4. Snow World
Sekiranya anda mahu merasai suasana sejuk seperti berada di negara bersalji, jom singgah ke Snow World. Tak tipu, memang sejuk habis! Dengan salji yang turun membuatkan anda terasa betul-betul berada di luar negara. Sejuk sampai ke tulang!
5. Medan Selera Berkonsep Moden Mewah
Terbaru di Genting Highlands, medan selera ini telah dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting. Pelbagai pilihan makanan serta masakan menanti para pengunjung di medan selera ini. Apa yang pasti, ia sangat selesa dengan persekitaran yang santai dan mudah diakses. Anda sendiri boleh membuat pilihan makanan yang terdiri daripada Nasi & Rempah-Ratus, aneka mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng rangup. Medan Selera ini terletak di Aras G, SkyAvenue dan dibuka bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Hijabista sudah rasai sendiri hidangan makanan di sini dan tidak dinafikan memang sedap belaka!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous Yang Viral & Sering Dikecam Ini Kongsi 3 Tip Diet Mudah Turunkan Berat Badan Dari 4XL Ke XL

Isi Kandungan
ToggleNama instafamous atau influencer ini menjadi viral kerana aksi dalam video dimuat turut mempromosikan produk makanan yang agak keterlaluan sehingga mengudang kemarahan setengah netizen. Walaupun tidak kisah dikecam, tetapi Atireah Zulfatie yang menggunakan nama @Beby_toratora tidak kisah asalkan dapat mencari rezeki untuk keluarga. Dia juga sebenarnya turut pernah dihina kerana saiz badannya yang ketika itu bersaiz 4 XL. Menceritakan pengalaman di laman sosial, dia tidak akan melupakan saat berdepan saat sukar itu.
Dulu pakai baju sampai saiz 4Xl
ok nak crita ni hampa oii.dulu kan aku pakai baju saiz 4xl tau no joke mmg knyataan beb.tapi skrang saiz xl tau wey
Mulut orang kita ni jahat
bayangkan susahnya nak ubah smpai mcmni skali .kdang2 kan pkiq juga knapa la orang cakap tak pkiq perasaan kita kan?knapa la mlot orang ni jahat sangat .orang mcm kita ni mmg tak layak nak bahagia ka mcmna.buat apapun smua ada ja orang nak mngata itu ini
Tak berdosa jadi orang gemuk
tak brdosa pun kan jadi orang gemuk ni mentaliti orang skarang sapa yg gemuk ni bnyak penyakit tapi tu laa.apapun aku brsyukur.kerana mlot jahat sstengah manusia yang mnjadikan aku yng skrang..mereka yg merasakan diri mereka trlalu sempurna untuk mencaci orang lain
A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Tak kata gemuk tu tak cantik
trima kasih smua.kerana awak smua ,aku bljar bnyak benda belajar apa itu sabar dan brsyukur aku tak kata gemuk tu tak cantik.tapi aku nak sihat sbenaqnya .biaq la apapun orng nak kata aku ja tau diri aku mcmna .ok lpasni nak tukaq dari saiz xl ke saiz m atau l pulak yee .doakan laa yee
Perlukan kesabaran tinggi untuk turunkan berat badan
btw bangga dngn perubahan diri sndiri!maybe orang rasa mcm snang kot.tapi bagi aku untuk turun berpuluh kg mmg mmerlukan ksabaran yg tinggi.ditambah pulak dngn mlot jahat orng skeliling kita.smoga atierah zulfatie trus tabah dlam menjalankan misinya
Dalam perkongsian sebelum ini, Beby Toratora juga turut meluahkan perasaan yang sama yang dilalui ketika
Pernah kena reject, hina dan dikata orang
yap kena reject,kena hina,kena mngata adalah satu prasaan yg tak bole diluah dngn kata2 ?kdang2 bole nangis sndiri beb and kita sndiri tak prcaya diri kita dan tak yakin dngn diri sndiri ..orng skrang ckap mana pkiq hati dan prasaan orng lain ?mereka dilahirkan untuk mengkritik manusia lain !jadi kita la yg kena jadi kuat ..jangn ubah diri kita untuk orng lain tapi ubah untuk diri sndiri guys
Sudah turun 20 kilogram
yg dok mngata kita masih di tempat yg sama tapi kita yg kena kritik ni dh makin lompat ke tahap yg lebih tinggi siapa sangka kita dh brapa di tahap ni?siapa sangka tirah dh turun 20kg yap alhamdulillah tira dh brubah bnyak dari dlu eh biaq la apa oqng nak kata!depa bagi kita duit ka?dak kan?so knapa perlu kisah dngn mulut orng.cantikkan diri,kejaq masa depan ,sbb apa tau?kejayaan sdang menanti kita di hadapan..yaa impian tira nak kurus tahun 2019 pasti trlaksana eh orng lain boleh,awat kita takboleh kan??prcaya diri sndiri tu penting guys!! Alhamdulillah ..nak tips boleh tngok highlight story tira yaa
A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
Dia yang mempunyai follower seramai 338 pengikut ini turut berkongsi tip dia menurunkan berat badannya sehingga 20 kilogram walaupun Beby Toratora ini sering membuat review produk makanan.
Tip 1 – Makan oat sahaja
Tip 2 – Jarang minum ais
Tip 3 – Makan nasi sekali sahaja
Sebenarnya semangat wanita ini cukup dikagumi. Walaupun menyedari diri sedikit kekurangan, tetapi dia seorang yang kuat bekerja demi menyara keluarga terutama ibunya yang juga seorang ibu tunggal.
Melalui paid review makanan yang dibuat di laman instagramnya, pendapatan BebyToratora dikatakan mencecah 10 ribu sebulan. Dia sering memuat turut video dengan aksi menyelerakan ketika sedang menjamu selera.
Menggunakan loghat utara lagi membuatkan video yang dimuat turut sering mendapat view tinggi kerana sikapnya yang bersahaja dan tidak control cun hingga digelar ‘queen of food’.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang juga mempunyai berat badan berlebihan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BEBY TORATORA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam-Macam ‘Peel’ Rupanya, Captain Ini Senaraikan Ragam Penumpang Kapal Terbang. Memang Lawak!























































Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Cara Pilih Tas Tangan ‘up-to-date’ Sesuai Dengan Stail Hijabi Masa Kini!

Isi Kandungan
ToggleTas tangan sememangnya sahabat karib kepada kaum hawa. Malah, ada dikalangan wanita yang rasa gayanya ‘tidak lengkap’ apabila keluar dari rumah tanpa menggayakan handbag.
Selain itu, tas tangan juga merupakan tempat bagi para wanita meletakkan barang-barang keperluan seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank, sampai kadang-kadang pasangan pun tumpang sekaki.
Tetapi tahukah anda? Jika mahu bergaya pun, perlukan ilmu. Tak boleh main bedal je, nanti tak kena pula dengan gaya dan penampilan. Di sini Hijabista kongsikan enam cara untuk Hijabi memilih tas tangan yang tepat dengan Stail yang digayakan!
Pelbagai Rekaan, Corak Dan Warna Tas Tangan Bikin ‘Rambang Mata’, Ini Tip Memilihnya!
1. Majlis
Perkara pertama yang hijabi perlu lakukan sewaktu memilih tas tangan adalah, menentukan tas tangan berkenaan perlu di bawa ke majlis yang bagaimana? Ramai yang pandang enteng perkara ini, tetapi pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis adalah sangat penting!
Pilihlah beg tangan yang mempunyai nila elegan dan berkulit lebih lembut ketika mahu menghadiri majlis, terutamanya majlis-majlis rasmi yang berprestij kerana, ia juga bakal menambahkan pesona diri anda.
Tetapi apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.
2. Warna
Tidak ramai hijabi yang berani bermain dengan warna dalam pemilihan tas tangan. Hitam, nude dan coklat adalah warna-warna ‘selamat’ kerana paling mudah untuk dipadankan dengan pelbagai baju.
Namun, sekiranya hijabi mahu menyuntik kelainan, boleh beranikan diri bermain dengan warna-warna vibrant dan fun seperti hijau, pink atau warna-warna terang.
Artikel berkaitan: Che Ta Kongsi Pantang Larang ‘Haram” Jangan Buat Pada Beg Tangan, Salah Satunya Elak Letak Bawah Lantai
3. Bentuk Badan
Pemilihan stail tas tangan dan juga bentuk fizikal badan seseorang juga perlu dititikberatkan, kerana jika fizikal badan tidak bersesuaian dengan tas tangan yang digayakan anda, pasti gaya anda tidak akan kelihatan menawan.
Jika anda sememangnya seorang yang berfizikal rendah, anda digalakkan menggayakan tas tangan bersaiz kecil atau medium yang tidak terlalu besar sehingga menghalang tubuh anda.
Bagu yang bertubuh tinggi langsing pula, janganlah membawa tas tangan yang terlalu kecil.
Pemilihan tas tangan haruslah sepadan dan bersesuian dengan ketinggian dan saiz tubuh anda.
4. Harga
Kos yang perlu dikeluarkan bagi memiliki tas tangan idaman juga penting, buatlah tas tangan yang dimiliki itu ‘alah membeli menang memakai’, dalam erti kata lain berpada-padalah dalam membeli tas tangan sebagai pelengkap gaya.
Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan, kalau diikutkan nafsu wanita, memang ?mahukan tas tangan berjenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang kurang terkenal tetapi mempunyai kualiti setanding produk berjenama mahal!
Antaranya produk-produk tas tangan yang berada di bawah penjenamaan Sift & Pick! yang baharu sahaja menembusi pasaran Malaysia dan melancarkan kedai fizikal mereka dalam negara baru-baru ini.
Sift & Pick Tawarkan Tas Tangan ‘Designer’ Lokal Antarabangsa Terbaik Untuk Anda!
Kalau hijabi dah jelak dengan tas tangan di pasaran Malaysia, dan dambakan kelainan atau tas tangan yang digayakan selebriti K-pop dan Thailand.
Hijabista cadangkan satu tempat paling menarik untuk hijabi shopping pelbagai jenis tas tangan up-to-date dari designer ‘lokal’ luar negara yang hanya boleh didapati di Sift & Pick!
Malah, pelbagai tas tangan yang bakal menepati citarasa sis boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan semuanya cantik-cantik belaka!
Tunggu apa lagi sis? Dah tau cara nak pilih tas tangan dengan aplikasikan tips di atas kan? Jom dapatkan tas tangan idaman hati di kedai fizikal Sift & Pick yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu, bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Himpunan 12 Beg Tangan Daripada Emily In Paris Musim 3, Pasti Menjadi Kegilaan Hijabi Tahun 2023
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI