Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Ia adalah perkara yang paling tidak disukai oleh wanita berhijab apabila tudung yang dipakai senget dan sukar dibentuk.
Malah, kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau! Terutamanya, apabila menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal ketika itu memang nahas.
Bagaimanapun, perkara sama tidak menjadi sebarang masalah bagi pelakon genit asal kelahiran Kuala Selangor, Ardell Aryana. Malah Ardell dengan selamba memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya, memaparkan dia memakai tudung ‘senget’.
“Lihatlah dengan hati, bukan sekadar memerhati. Always my favourite fabric,” tulisnya.
Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 34 tahun mula bertudung sejak pertengahan September, enam tahun lalu.
Team HIJABISTA sempat meninjau ruangan komen dalam hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya memberikan respon positif.
Artikel berkaitan: Tinggalkan Keluarga Demi Saudara Sesama Islam, Ardell Aryana Sekali Lagi Sertai Misi Bantuan Di Syria
Malah, netizen menyifatkan bahawa apa sahaja yang dipakai oleh aktress yang mempunyai darah kacukkan melayu-cina tersebut pasti kelihatan cantik.
Pada HIJABISTA, cantik itu merupakan perkara yang subjektif. Ini demikian kerana, setiap individu mempunyai pandangan serta perspektif tersendiri tentang kecantikan masing-masing.
Apa yang penting, kecantikan luaran perlulah seiring dengan kecantikan dalaman, sikap dan perilaku kita kena jaga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN.
Artikel berkaitan: ‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ardell Aryana, Facebook Ardell Aryana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI