Maya Reaidy, gadis cantik yang berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai Miss Lebanon 2018 setelah menambat hati juri pada malam Ahad yang lalu di Beirut. Lebih menarik lagi, Maya merupakan seorang pelajar farmasi di Lebanese American University.
Pesaing terdekatnya, Mira Toufaily dinobatkan sebagai Naib Juara pada malam anugerah gilang gemilang. Kisah hidup Mira juga menarik minat penonton kerana sejak kecil dia dibesarkan oleh SOS Lebanon, sebuah pertubuhan yang melindungi kanak-kanak yang kehilangan penjagaan ibu bapa. Bukan hanya Mira sahaja, ini termasuklah peserta lain iaitu Tatiana Saroufim, Yara Abou Monsef dan Vanessa Yazbeck.
Pada Disember ini, pertandingan Miss Universe bakal berlangsung di Bangkok. Sebelum ini, hanya seorang peserta dari Lebanon yang pernah memenanginya pada tahun 1971, Georgina Rizk. Melihat potensi yang ada pada diri Maya, dia sememangnya mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi sejarah negaranya itu dan ramai pengguna Twitter juga turut meramalkan kemenangannya di Thailand nanti.
sumber: Arab News