
Isi Kandungan
ToggleMaya Reaidy, gadis cantik yang berusia 22 tahun telah dinobatkan sebagai Miss Lebanon 2018 setelah menambat hati juri pada malam Ahad yang lalu di Beirut. Lebih menarik lagi, Maya merupakan seorang pelajar farmasi di Lebanese American University.
Pada malam itu, Maya telah berjaya menewaskan 29 peserta lain yang datang dari pelbagai daerah Lebanon.
Pesaing terdekatnya, Mira Toufaily dinobatkan sebagai Naib Juara pada malam anugerah gilang gemilang. Kisah hidup Mira juga menarik minat penonton kerana sejak kecil dia dibesarkan oleh SOS Lebanon, sebuah pertubuhan yang melindungi kanak-kanak yang kehilangan penjagaan ibu bapa. Bukan hanya Mira sahaja, ini termasuklah peserta lain iaitu Tatiana Saroufim, Yara Abou Monsef dan Vanessa Yazbeck.
Lubnan Nicolas Jebran merupakan pereka yang telah menghasilkan busana indah Maya. Cantik bagai puteri!
Pada Disember ini, pertandingan Miss Universe bakal berlangsung di Bangkok. Sebelum ini, hanya seorang peserta dari Lebanon yang pernah memenanginya pada tahun 1971, Georgina Rizk. Melihat potensi yang ada pada diri Maya, dia sememangnya mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi sejarah negaranya itu dan ramai pengguna Twitter juga turut meramalkan kemenangannya di Thailand nanti.
sumber: Arab News
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11.11 Menarik Untuk Anda Yang Single, Inilah Masanya Hendak Berjimat!

Isi Kandungan
ToggleJualan Hari Tunggal semakin hebat setiap tahun. Lebih-lebih lagi, ia juga menjadi lebih popular di seluruh Asia, memberi kita lebih banyak pilihan untuk dinikmati semasa penjualan 11.11. Tahun ini, lebih banyak jenama ke acara penjualan besar termasuk penjualan Shopee 11.11. Kami juga menjangkakan dapat melihat lebih banyak jenama tempatan menyertai keseronokan ini.
Beberapa laman web yang patut diperiksa dan tawaran terbaik untuk direbut. Anggap ini senarai belanja awal anda untuk bulan November.
Laman Dalam Talian Terbaik di Malaysia
Lazada
Di seluruh Asia, Lazada adalah salah satu laman web yang paling popular untuk membeli hampir apa sahaja! Laman web ini telah berkembang sepanjang tahun, dan senarai inventori mereka semakin pelbagai. Sebenarnya, ketika mencari sesuatu, kita sering pergi ke Lazada terlebih dahulu sebelum memeriksa sumber lain. Lazada juga merupakan peserta aktif dalam acara penjualan antarabangsa, termasuk penjualan Lazada 11.11. Anda pasti menyukai tawaran kilat harian mereka yang menuju ke acara penjualan besar utama. Tawaran kilat sering dilakukan setiap kategori, termasuk bahan makanan!
Untuk bulan November, anda pasti tidak sabar-sabar untuk memeriksa alat baru dengan penurunan harga yang signifikan, serta aksesori teknologi dari jenama antarabangsa dan tempatan.
Shopee
Shopee kembali dengan jualan membeli-belah mereka yang menarik, dan anda pasti tidak sabar untuk berkongsi dengan rakan dan keluarga penemuan hebat dari Shopee 11.11. Anda benar-benar dapat mengetahui sejauh mana peningkatan inventori. Jadi, pada bulan November ini, anda pasti akan mendapat tawaran yang unik dan hebat dengan belanja Shopee. Kami juga berharap dapat mencari jenama tempatan baru di luar sana.
Hijabi yang gemar bersolek boleh dapatkan barangan penjagaan wajah dan kosmetik seperti wardah beauty.
Zalora
Zalora adalah salah satu laman web membeli-belah yang sangat kemas dan mereka selalu mempunyai inventori baru. Mereka mungkin tidak memiliki pilihan seluas Lazada, tetapi Zalora adalah laman web yang pasti untuk barang berkualiti dan spesifik yang anda cari. Selama bertahun-tahun, Zalora juga menjalin perkongsian hebat dengan jenama baru Malaysia, seperti yang dapat dilihat dari penjualan 11.11 tahun lalu.
Apa yang anda nantikan pada bulan November ini? Tanpa berfikir banyak! Pertama, periksa perhiasan terkini dan koleksi aksesori mereka. Zalora sering menawarkan penurunan harga untuk produk-produk semasa acara penjualan besar. Tetapi, anda juga pasti teruja untuk melihat kasut dan barang liburan lain tahun ini.
Jualan berganda HERMO
Kedai dalam talian terkemuka di Malaysia untuk semua keperluan kecantikan dan penjagaan kulit juga menjadi tumpuan ramai semasa Jualan 11.11. Hermo terkenal sebagai kedai sehenti untuk semua produk kecantikan dan penjagaan kulit terkemuka, baik jenama tempatan dan antarabangsa. Mereka membuat belanja kecantikan menjadi lebih mudah selama bertahun-tahun, dan kami tidak sabar sehingga musim 11.11 berikutnya untuk menimbun produk kegemaran anda. Sambil menunggu, anda juga boleh mula melihat jenama baru yang selalu mereka perkenalkan, termasuk jenama yang tidak sering kita lihat di seluruh Malaysia.
Lagi Tawaran menarik 11.11
Sports Direct – Running SALE | Tambahan 20%
JD Sports – Adidas Originals NMD R1, Free Delivery
Althea – DISKAUN 10% Storewide
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gigih Jual Ikan Masin Dengan Untung 50 Sen, Dalam Diam Pakcik Ini ‘Pasang Niat’ Ingin Jejak Kaki Ke Tanah Suci

Isi Kandungan
ToggleMengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam dan wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Betapa indahnya dapat melihat keindahan bumi Mekah dan Madinah serta merasai suasana tempat kelahiran Rasulullah dan Kota penghijrahan Baginda.
Buat individu yang kurang berkemampuan, mereka membanting tulang demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Ada juga yang sanggup berniaga di mana sahaja demi mencapai hasrat itu.
Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini; mengenai kegigihan seorang pakcik yang berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel berkaitan: Lambaian Kaabah Ubah Nasib Wanita Ini Setelah Setahun Sakit Teruk Bertongkat, Hebatnya Kuasa Doa!
Gigih Berniaga Ikan Masin Depan Pasaraya
Pemilik akaun TikTok @vitaminbae_ telah memuat naik video tersebut yang telah mendapat perhatian serta ‘menjentik’ hati masyarakat. Difahamkan, pakcik yang ditemui itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an dan menjual di hadapan sebuah pasaraya di Tawau, Sabah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik akaun tersebut mendekati serta menghulurkan sedikit bantuan. Apa yang lebih sebak adalah pakcik tersebut hanya mengira dengan menulis pada tapak tangannya.
Setelah itu, lelaki tersebut telah menghulurkan duit melalui polisterin makanan. Dia juga sempat bersembang dengan pakcik tersebut sehingga pakcik tersebut menyatakan bahawa dia ‘memasang niat’ untuk mengerjakan umrah.
Tulis @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.
Sebak mendengar hasrat pakcik ini, lelaki tersebut terus menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut. Bersyukur atas pemberian yang diberkan, pakcik ini terus mengangkat tangan untuk berdoa.
“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.
“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.
“Semoga termakbul…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta mendoakan agar suatu hari nanti hasrat pakcik tersebut akan tercapai. Video tersebut kini telah tular dan mendapat lebih 360.7K tontonan dan 34.2K kesukaan.
“Saya berdoa Ya Allah semoga rezekinya dpt pergi umrah…”
“Alhamdulillah syukur mudah2an doa pakcik t’makbul amin….”
“Semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik tuk menunaikan ibadah Umrah..aamiin”
“Mahal tuh doa dari Pakciknya.. semoga makbul”
“Moga murah rezeki dan dipermudah urusan saudara dunia akhirat…”
“Alhamdulilah. tkasih hamba Allah yg mulia hatinya..memudahkn urusan org lain..semoga pakcik juga dijemput menjadi tetamu Allah”
Artikel berkaitan: Tip Kumpul Duit Nak Pergi Buat Umrah, Boleh Ikut Cara Yang Ustaz Ini Kongsikan
Sumber: TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Cara Wangikan Peti Ais Dengan Hanya Guna Esen Vanila Je!

Peti ais atau peti sejuk merupakan peti ‘ajaib’ yang sentiasa kita buka hari-hari apabila lapar. Sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, ia juga kadang kala mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat campuran bau di dalamnya termasuklah bau daripada bahan masakan mentah.
Bagi menghilangkan aroma yang kurang menyenangkan, seorang jejaka ialah Sufri Jamaluddin telah menunjukkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang ringkas dan kos yang murah. Tak sangka betul!
Tidak renyah, anda hanya perlu mengeluarkan segala isi di dalam peti ais dan kemudian lap menggunakan kain bersih bersama esen vanila.

Bukan hanya mudah dan murah, malah ia meninggalkan bau yang wangi dalam ruang peti ais anda. Tak percaya? Cubalah sis!

Watch on TikTok
kredit: TikTok Sufri Jamaluddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI