‘Kalah Seorang Srikandi’- Alyah Sifatkan Persembahan Nabila Razali Sebagai Kalah Bermaruah

Share

Persembahan Nabila Razali baru-baru ini di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini.

Biarpun dikecam ramai di media sosial, namun ramai juga yang tampil memberikan sokongan buat penyanyi lagu Peluang Kedua itu termasuklah artis hebat, Datin Alyah.

Menerusi laman instagramnya, Datin Alyah telah menyatakan pujian buat Nabila dan menganggap kekalahan yang dilaluinya adalah bermaruah.

Salam subuh 🌅🕌
Terpanggil utk berckp tentang adik kita yg lawa dan peramah ni.(byk kali jumpa dia akan sapa kita dulu)

Kalah seorang serikandi.
Dia kalah bermaruah.
Dia jalankan tugas dia dgn sehabis baik.
Seumpama dia berlari ke medan perang dgn pedang yg tumpul.
Bukan pedang tu yg harus kita lihat.
tapi keberaniannya turun kemedan perang itu yg harus dipandang.

TAHNIAH adik @nabila.razali

👏👏👏 pandang positive
Kamu lebih diingati dari yg lain.
Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu 👍 (tak kisahlah buruk atau baik)
Cuma nak tanya je?
Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…
Saya berckp berdasarkan pengalaman.
Situasi berbeza dipentas yg sama.
Sekian terima kasih…

Kenyataan daripada Datin Alyah itu mendapat maklum balas yang positif daripada para pengikut laman sosialnya termasuk penyanyi terkenal, Nora yang turut bersetuju dengannya. Jelas Nora, Nabila wajar diberikan peluang kerana masih baru dalam industri seni tanah air.

It’s okay Bella! Jatuh 9 kali, bangun 10 kali. Moga perkara ini tidak mematahkan semangat Bella untuk terus maju dalam karier sebagai penyanyi. You can do it!

Published by
QIST