Semakin meningkat dewasa pasti kita akan memikirkan mengenai perkahwinan. Dalam mencari calon dan cinta sejati, banyak perkara yang perlu kita fikirkan selain daripada itu. Apakah erti perkahwinan itu sebenarnya? Menerusi perkongsian @zoeyjijul di twitter, dia telah berkongsi kisah menarik mengenai pesanan abang iparnya. Jom kita baca.
Sampai sekarang terkenang…
Boleh tak nak sara kakak aku ni?
Perlu tajdid niat sebelum melakukan apa-apa. Dapat petunjuk melalui mimpi.
Bukan semudah itu sebuah perkahwinan.
Betullah katanya, setiap kejayaan seorang lelaki itu pasti ada seorang wanita di belakangnya. Sama-samalah kita berusaha mengejar keredhaan Allah dan jangan pernah hilang harap padaNya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warna ‘Blusher’ Yang Sesuai Mengikut Tona Kulit Anda & 4 Jenis Pemerah Pipi Paling Popular.Hijabi Kena Tahu!
‘Blusher’ atau pemerah pipi adalah satu item solekan yang penting. Sekiranya anda tidak suka akan alat solek yang lain, tidak mengapa. Tetapi pastikan ‘blusher’ merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi. Ia dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat.
Terdapat banyak warna ‘blusher’ di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda. Ia boleh membuatkan anda tampak seperti patung cina atau badut.
Mari lihat di bawah warna ‘blusher’ yang sesuai dengan tona kulit anda:
1) Tona Kulit Cerah
2) Tona Kulit ‘Medium’
3) Tona Kulit Gelap
TIP MEMAKAI BLUSHER
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
3.Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling ngam adalah pink.Either soft pink ke..brown pink kee..atau dark pink
4.Untuk kulit kuning langsat, korang boleh pakai pink yang ala ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha
5.Kulit wanita asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown
6.Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.
JENIS -JENIS BLUSHER
Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.
Powder / Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Jadi, selepas ini pasti lagi tiada masalah untuk memilih ‘blusher’.
Semoga berjaya! – hb
KREDIT: bysyiraishak.blogspot.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akhirnya Suami Munculkan Diri! Sweetnya! Sama Cantik Sama Padan!”- Netizen Teruja Vicha Kongsi Gambar Suami!
Siapa yang tidak mengenali pelawak dan pelakon dari negara jiran, Indonesia, Vicha? Bukan sahaja mempunyai personaliti yang menghiburkan malah lawaknya tidak pernah gagal untuk memberi senyuman kepada kita semua.
Baru-baru ini, Vicha menjadi tumpuan utama netizen apabila dia memuat naik gambar suaminya yang tidak pernah dikongsikan. Vicha ataupun nama sebenar Refika Novianti Faturohman mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka tampan dari Nigeria yang dikenali sebagai Johnson. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia dua tahun.
Gambar yang dimuatnaik olehnya menarik tumpuan netizen yang teruja melihat suaminya. Ternyata, mereka berdua kelihatan manis bersama! Bagai pinang dibelah dua! Netizen serta rakan selebriti juga turut berkongsi rasa teruja mereka dengan menhantar komen di ruangan komen gambar itu.
Tambah Vicha yang kini selesa dengan imej berhijab, suaminya bukanlah seorang yang suka mengambil gambar. Oleh disebabkan itu, tidak banyak gambar yang diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, rahsianya itu akhirnya dikongsikan bersama netizen di laman sosial baru-baru ini.
Team Hijabista mendoakan agar hubungan cinta Vicha bersama suami berkekalan hingga ke alam syurga dan sentiasa disulami dengan kebahagiaan dan kemanisan dalam berumah tanggan. InsyaAllah. Amin YRB..
Sumber gambar: Instagram Vicha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MK Rancang Tunai Umrah Selepas ‘Syawal’ – “Mohon Doa Agar Urusan Dipermudahkan”
Pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih mesra dengan panggilan MK yang juga ahli kumpulan hip hop K-Clique mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menyempurnakan ibadah rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji dan umrah.
Tambahnya lagi, perancangan sudah lama dibuat, namun tidak dapat direalisasikan atas beberapa kekangan.
Justeru, sebaik sahaja meyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, MK dan keluarga dijangka akan berangkat ke Mekah bagi tujuan ibadah Umrah.
Bakal Berangkat Ke Tanah Suci Selepas Syawal Tahun Ini
“Sebenarnya saya sudah lama merancang kerana belum pernah sampai ke sana. Insya-Allah, saya ingin membawa keluarga untuk bersama menunaikan umrah.
“Mengikut perancangan, kami mahu ke sana selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan,” katanya lapor salah sebuah portal hiburan.
Menurut MK, beliau tidak bercadang untuk menuar-uarkan perkara ini, kerana bimbang niatnya untuk melaksanakan ibadah akan disalahtafsir dan menjadi buah mulut orang ramai.
Artikel berkaitan: Kelibat Emma Maembong Di Tanah Suci, ‘Dalam Diam’ Tunai Umrah Bersama Anak Dan Suami Raih Pujian Netizen!
“Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya
Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan, niat saya bakal disalahtafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan,” ujarnya.
MK Mahu Fokus Ibadah, Bercadang Perlahankan Karier Seni Seketika Di Bulan Ramadan
Mengulas berkenaan persiapan untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang hanya berbaki seminggu sahaja lagi, MK berkata dia berniat mahu memperlahankan aktiviti dalam industri hiburan.
“Tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan.
“Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya,” jelasnya.
Sumber: Oh Bulan
Artikel berkaitan: Pergi Ke Tanah Suci Bersama Fasha Sandha, Aidil Aziz Akui Ini Umrah Paling ‘Istimewa’ Buatnya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI