Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang model jelita iaitu Wardina Anuar yang sudah bergelar isteri walaupun baru sahaja berusia 19 tahun.
Berkenalan di sebuah konsert di Indonesia pada tahun lepas, Wardina telah sah menjadi isteri kepada Asyraf Aley,26, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku pada 6 Jun yang lalu.
Perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai kerana ia diadakan dalam suasana yang sangat indah biarpun ia berlangsung sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Cantik sekali busana berwarna putih yang dipakai olehnya ditambah pula dengan solekan semulajadi yang menyerlahkan lagi kecantikan Wardina.
Menurut Asyraf, biarpun dalam tempoh PKPB di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu.
“Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila. Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik? Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat,” katanya.
Akur SOP ditetapkan, ujarnya hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya.
“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan,” katanya yang tidak keberatan melepas rindu untuk berlakon jika ada tawaran menarik biarpun sudah tidak aktif sejak tiga tahun lalu.
Benarlah kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana. Didoakan moga pasangan ini terus membina rumah tangga yang bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah.