Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memang gemar menyantuni rakyat. Sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Seri Paduka menjadi buah mulut semua serta mandapat pujian rakyat. Ini sekali gus meletakkan Seri Paduka sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan tak kira usia, bangsa dan agama.

Terbaharu apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ‘turun padang’ bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti yang dikongsikan di laman Instagram Istana Negara.

Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya. Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.

IKLAN

Berikut komen-komen netizen yang memuji sikap prihatin KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

TRULY RESPECT

IKLAN

JADI TERSENYUM SEBAB AGONG ADA

SEMPAT LAGI BERTANYA KHABAR

IKLAN

DAULAT TUANKU, RESPECT SANGAT

Sumber kredit: Istana Negara

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI