Umum sedia maklum berhubung musibah yang melanda negara Syria, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Meski menerima berita menyayat hati ekoran ramai mangsa dilaporkan terkorban, namun masih ada berita gembira dilaporkan media tempatan, apabila seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui masih hidup di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, di bawah timbunan bongkah batu.
Sekumpulan Keluarga Ditemui Masih Bernyawa Berjaya Diselamatkan Pihak Berkuasa!
Hari ini satu lagi keajaiban berlaku, apabila sebuah keluarga akhirnya telah berjaya diselamatkan setelah hampir 40 jam terperangkap dalam timbunan bangunan sejak gempa bumi itu berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu muatnaik video di laman Youtube rasmi milik mereka beberapa jam lepas.
Dalam hantaran video pendek berdurasi 58 saat itu, dapat dilihat pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melakukan misi mengeluarkan setiap ahli keluarga yang terselamat dari musibah berkenaan, dari bawah timbunan bongkah batu.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Sepanjang misi menyelamat dilakukan kedengaran orang ramai yang tidak henti-henti melaungkan kalimat ‘Allahuakhbar’.
Malah, sebaik sahaja mangsa pertama berjaya dikeluarkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan, gema laungan berkenaan semakin gamat.
Jelas, terpapar riak wajah gembira dan bersyukur, apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mangsa kedua merupakan kanak-kanak lelaki, serta mangsa seterusnya adalah kanak-kanak perempuan yang dipercayai mempunyai pertalian adik-beradik.
Kemudian, Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan alat pengusung (Stretcher) kerana mengalami kecederaan yang masih belum dapat dikenalpasti.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya seluruh dunia membanjiri hantaran berkenaan dengan doa dan rasa syukur apabila mangsa-mangsa yang masih bernyawa dapat dikeluarkan dari kawasan gempa.
Selain itu, tidak kurang juga umat Islam yang membuat hantaran khas dilaman Instagram masing-masing mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se-Islam yang ditimpa musibah di sana.
Sekadar info, pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria hari ini meneruskan lagi misi menyelamat mangsa dalam keadaan cuaca sejuk, gegaran susulan dan bangunan runtuh demi mengeluarkan mangsa tertimbus yang terselamat akibat gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 5,000 nyawa sejak ia berlaku.
Bayi yang masih bertali pusat dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan antara mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sumber: Instagram Karam Kellieh, Al Jazeera & Nawal Sari
Artikel berkaitan: Gempa Bumi Di Indonesia, Rakyat Malaysia Yang Terasa Gegarannya Dianjurkan Baca Doa Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI