Kagum Lihat Penampilan Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang Santun Berbaju Kurung & Hijab Bawal

Share

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan setelah mendapt pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V . Seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak merayakan kemenangan ini bersama-sama. Turut hadir memberikan sokongan kepada ayah mereka yang telah terpisah lama sebelum ini. Turut menarik perhatian netizen adalah penampilan keluarga ini yang dilihat tampil cukup sederhana, santun dan juga menutup aurat.

Anwar yang mempunyai 6 orang anak dan lima daripadanya adalah perempuan. Masing-masing begitu menjaga aurat mereka dan lebih gemar bergaya sederhana sesuai dengan penampilan masing-masing.

Selain, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang setia mengenakan hijab kelepet lekap di dahi dengan baju kurung untuk memudahkan pergerakannya. Gaya bekas doktor ini juga tetap sama dari dulu hingga sekarang.

Seperti ibunya, YB Nurul Izzah juga turut menggemari tudung bawal. Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga sudah lebih 20 tahun setiap menggayakan bawal.

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Nurul Izzah Setia Pakai Bawal

Menurutnya, tudung jenis ini senang untuk digayakan dan memudahkan pergerakan beliau yang sentiasa aktif bergerak ke sana ke mari.

Begitu juga gaya adik-adiknya Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan juga Nurul Hana. Masing-masing jika dilihat lebih senang tampil sederhana dengan baju kurung dan juga tudung bawal yang dililit secara ringkas.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

 

 

Published by
Siti Zurina