Umum mengetahui penyanyi dan pelakon popular, Elyana, merupakan seorang pejuang yang berlawan dengan penyakit kanser limfoma. Kanser yang dihidapi sejak lebih 10 tahun lalu itu sudah berada di tahap empat dan sebelum ini dia ada mendedahkan yang berat badannya turun mendadak sehingga 35-kilogram sahaja.
Walaupun begitu pelantun lagu Niat ini tidak mudah mengalah, sebaliknya dia terus berjuang dan bangkit melawan penyakit tersebut. Baru sahaja berhijab beberapa bulan yang lalu, perubahan Elyana disambut baik oleh banyak pihak. Sehinggakan ada yang menghadiahkan sebentuk cincin emas kepadanya.
Dalam beberapa video yang dimuatnaik olehnya di Insta-Story, dia berasa sangat gembira kerana menerima kiriman dari peminat bernama Zyha yang berupa sebentuk cincin ditempah khas dengan huruf E dan L.
Pada kad yang disertakan bersama hadiah tersebut tertulis, “Assalamualaikum. Happy belated birthday awak. Tak ada apa pun nak tulis. Cuma nak bagitahu, suka tengok penghijrahan awak sekarang. Cantik sangat. Semoga awak kuat dan sihat selalu dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan diangkat segala kesakitan awak selama ini. Awak kekuatan kami semua. Terima Kasih awak.”
Sementara itu, Elyana dalam satu lagi hantaran di Insta-story turut meluahkan rasa terkejut dan gembira. Ujarnya, “Terima Kasih Zyha. Ya Allah ya tuhanku tak pernah termipi nak dapat cincin emas. EL, Elyana. Ya Allah sumpah sangat cantik. Cantik sangat, suka sangat. InsyaAllah kita akan simpan sampai bila-bila untuk menjadi kenangan.”
Bertuah badan. Semoga semua urusan Elyana dipermudahkan dan diberikan kesembuhan dari Allah SWT. Sikap Elyana yang sangat positif daalam melawan penyakit sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua orang untuk sama-sama kuat melawan masalah yang dihadapi.
Sumber & Gambar: Instagram Elyana