Kecantikan

Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah

Share

Wajah yang tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Dewi Sandra kini sukses sebagai usahawan jenama fesyen Muslimah. Figura jelita yang merupakan kacukan Inggeris-Betawi ini lebih menumpukan perhatiannya terhadap keluarga dan bisnesnya yang kian maju itu.

Kredit Foto: dewisandra
Kredit Foto: dewisandra

Kali terakhir artis berketurunan Inggeris-Betawi ini membintangi drama bersiri Nota Hati Isteri 2 pada 2016.

Bagaimanapun, dia masih menerima tawaran berlakon dalam filem tertentu.

Kredit Foto: dewisandra

Dewi Sandra juga pemegang watak utama dalam fielm Ayat-ayat Cinta 2.

Memulakan kariernya dalam dunia hiburan sebagai model ketika berusia belasan tahun, artis yang dilahirkan pada 3 April 1980 ini kemudiannya menceburi dunia nyanyian dengan mengeluarkan album dan berjaya sebagai penyanyi.

Kredit Foto: dewisandra

Selain menyanyi, Dewi Sandra turut mencuba nasib sebagai pengacara dan pelakon.

BACA JUGA: Berhenti Berharap Pada Manusia, Serahkan ‘Hak’ Kepada Allah! Dewi Sandra Contoh Hijabi Sejati

9 info menarik mengenai Dewi Sandra.

  • Sejak berhijrah pada 2012, Dewi Sandra telah mengurangkan aktiviti seninya. Selebriti yang terkenal dengan imej seksi suatu ketika dulu, kini sibuk menguruskan keluarga dan hal rumahtangga.
Kredit Foto: dewisandra
  • Dewi Sandra mendirikan rumahtangga dengan Agus Rahman pada 2011. Ia merupakan perkahwinan ketiganya setelah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu.
Kredit Foto: dewisandra
  • Setahun selepas berkahwin, Dewi mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab. Imejnya berubah perlahan-lahan dan kerap muncul di program televisyen Islamik.
  • Dewi mula selektif memilih watak untuk projek lakonannya. Dewi tidak akan teragak-agak untuk menolak tawaran yang memerlukannya menanggalkan hijabnya.
Kredit Foto: dewisandra
  • Kali terakhir Dewi membintangi drama bersiri ialah dalam Nota Hati Isteri pada 2016.
  • Sejak filem Ayat-ayat Cinta 2 yang ditayangkan pada 2017, Dewi tidak lagi menerima tawaran berlakon. Artis lulusan Gandhi International School ini hanya terlibat dalam kerja belakang tabir iaitu sebagai pelakon suara dalam filem animasi Nussa.
Kredit Foto: dewisandra
  • Dewi kini sibuk menguruskan jenama fesyen khusus untuk muslimah iaitu DOA. Selain sebagai pemilik, Dewi turut menjadi model bagi mempromosikan barangan fesyen jenamanya.
Kredit Foto: dewisandra
Kredit Foto: dewisandra
  • Dewi kelihatan fleksibel apabila mengiklankan pakaian dan koleksi tudung daripada jenama yang diasaskannya sendiri. Pesona Dewi sebagai model tidak berkurangan sama sekali!
Kredit Foto: dewisandra
  • Selain sibuk menguruskan bisnes, Dewi turut dilantik sebagai duta jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan iaitu Wardah.
Kredit Foto: dewisandra

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Amy Mohd