Bunga ‘Kaca Piring’ Bukan Sekadar Cantik, Juga Beri Manfaat Sebagai Ubat Atasi Diabetes

Share

Sudah tentu ramai yang mengetahui mengenai khasiat pada sayur-sayuran yang sangat bermanfaat buat kesihatan tubuh badan. Bukan sahaja sayur-sayuran malah juga ada bunga yang boleh di makan dah bagus untuk ubati penyakit.

Bunga yang sering kita lihat sebagai satu hiasan alam semula jadi ini ada juga yang boleh beri manfaat kepada tubuh badan kita. Tak sangka hebat sungguh ciptaan Allah swt.

‘Kaca Piring’ yang boleh di makan?

Jangan salah faham, ‘Kaca Piring’ merupakan nama panggilan dalam bahasa melayu untuk bunga Gardenia Jasminoides. Bunga Kaca Piring ini mempunyai batang kira-kira satu meter dan daunnya yang berbentuk bujur serta berkilat tumbuh di sekeliling kelopak bunga.

Bunga Kaca Piring ini mempunyai kelopak bunga yang berwarna putih dan ia hampir sama dengan mawar putih. Tambahan lagi, tumbuhan ini juga menghasilkan buah yang berbentuk seperti telur. Tumbuhan ini berasal dari negara Jepun dan juga China.

@pekebunpalatao Bukan Gardenia sungguh enak dimakan begitu sahaja ya. Tapi kalau tak yakin jangan makan 😊 #bungakacapiring #gardeniajasminoides #kebuntok #pekebunpalatao ♬ Alice in Wonderland – Joanna Wang

Artikel berkaitan: Teh Bunga Raya Bantu Ubati Selesema, Sembuhkan Sakit Tekak & Batuk, Badan Pun Jadi Bertenaga

Kedua negara ini, China dan Jepun, menggunakan bunga kaca piring ini dengan cara yang berbeza. Di negara Jepun, buah yang di hasilkan oleh bunga kaca piring selalu di gunakan sebagai pewarna semula jadi dalam makanan dan tekstil. Manakala di negara China, bunga ini di gunakan sebagai penambah bau dan aroma dalam teh.

Tidak ketinggalan juga di negara serumpun, Indonesia, bunga kaca piring di dapati banyak di Bali. Kebiasaannya, ia menjadi perhiasan di telinga buat orang ramai serta pelancong. Dek kerana bunga kaca piring ini menghasilkan bau dan cantik warnanya, ia juga di gunakan sebagai minyak wangi.

Kecantikan bunga kaca piring memberi manfaat

Bunga ini bukan sekadar sahaja cantik untuk di tatap, malah, ia juga dapat menghasilkan pelbagai manfaat buat kesihatan tubuh badan. Menurut perkongsian di 99.co, terdapat beberapa kajian yang membuktikan keberkesanannya dalam perubatan untuk mengubati beberapa penyakit.

1. Mengatasi Diabetes Melitus

Kajian di makmal telah di jalankan dan bunga kaca piring mempunyai khasiat yang boleh mengurangkan kadar gula dalam badan. Penyakit diabetes pula berpunca dari kadar tahap gula yang tinggi di dalam darah membolehkan seseorang itu menghidap sakit jantung atau angin ahmar. Jadi, bunga kaca piring ini sangat sesuai untuk menghindari dari penyakit ini.

Cara untuk mengamalkan bunga kaca piring ini sebagai ubat adalah dengan menyediakan lebih kurang 12 helai daun dari tumbuhan ini. Lalu, 12 helai daun itu akan di rebus dalam air yang sebanyak 0.5 liter. Selepas mendidih, tapis dan toskan air hasil rebusan daun bunga kaca piring itu. Air rebusan itu di syorkan supaya ambil sebanyak satu gelas sehari.

2. Melancarkan proses pencernaan

Bunga ini juga boleh mengubati dan melancarkan proses pencernaan yang bermasalah. Caranya mudah, hanya rebus tiga biji buah bunga kaca piring ke dalam air yang di sukat sebanyak 0.5 liter. Amalkan dengan minum sekali sehari. Namun, tidak di syorkan untuk mereka yang mengalami cirit-birit.

3. Merawat ulcer

Kebanyakan dari kita sering mengalami masalah ulcer di mulut yang sering menjadi penghalang untuk menjamu dan menikmati makanan. Bunga kaca piring boleh ubati ulcer dengan rebus 7 helai daunnya ke dalam air sebanyak 0.5 lier. Selepas mendidih, pastikan anda tapis air tersebut dan campurkan dua sudu besar madu juga gula. Amalkan minum air rebusan itu sebanyak dua kali sehari.

4. Meredakan demam panas

Bagi anda yang ingin meredakan demam panas, bunga kaca piring juga boleh di jadikan ubat untuk merawat. Pertama sekali, 7 helai daun kaca piring perlu di uli dan di masukkan ke dalam segelas air suam. Selepas beberapa saat, tapiskan air tersebut dan campurkan gula batu dalam air. Boleh di amalkan dengan minum sehari sekali.

Kadangkala, kita tidak sangka bunga yang sering menghiasi kawasan kediaman rumah itu boleh di jadikan ubat-ubatan. Jadi ini petanda untuk anda rajin bercucuk tanam dan sediakan ‘ubatan’ semula jadi yang hanya perlu di petik.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee