K-Drama ‘Oppa’, Yoo Seung Ho Jatuh Cinta Dengan Aiskrim Gula Apong!

Share

‘Demam Korea’ yang melanda memang tiada kesudahan. Bukan sahaja di Malaysia, malah satu dunia! Buat peminat tegar K-Drama, pasti anda sudah terbiasa dengan figura yang satu ini. Menceburi bidang hiburan sejak kecil, dia kini merupakan antara pelakon dan juga model terkenal di Korea Selatan. 

Aktor kacak Korea Selatan, Yoo Seung Ho sering memainkan peranan utama dan pernah bergandingan dengan nama-nama besar selebriti Korea Selatan seperti Ji Chang Wook, Park Min Young, Chae Soo Bin, Park Eun Bin, dan ramai lagi. 

Datang ke Sarawak Untuk Penggambaran

Peneraju utama K-Drama I’m Not Robot (2017), My Strange Hero (2018) dan Memorist (2020) itu menimbulkan keterujaan peminat di Malaysia apabila dia menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak untuk merasai sendiri budaya dan masakan penduduk tempatan!

Difahamkan, pelakon tersebut telah pergi ke Sarawak bagi menjalani penggambaran program realiti yang bertajuk ‘Off The Grid’ untuk program jelajah Discover Channel Korea

. Bahkan, Kuching, Sarawak merupakan destinasi pilihan pertama bagi rancangan tersebut! 

Rancangan realiti itu di muat naik di laman Youtube sejak dua minggu lalu, memperlihatkan Seung Ho yang hanya berbekalkan sebuah kamera serta bebas menerokai bandar Kuching berseorangan. 

Untuk pengetahuan anda, rancangan tersebut dirakam tanpa sebarang skrip bertujuan mencapai konsep rancangan realiti dan ‘healing’ yang sebenar! Ini sekaligus memaparkan setiap saat mahupun momen yang terakam dalam episod berkenaan memberikan hasil pandangan jujur dari ​​Seung Ho sendiri.

Apa yang menarik perhatian ramai dan membuatkan peminat di Malaysia teruja adalah apabila pelakon itu pertama kali seumur hidupnya, mencuba aiskrim gula apong iaitu salah satu makanan ‘wajib cuba’ di Sarawak. Bahkan ada peminat yang sempat memuat naik video tersebut di laman TikTok!

Artikel berkaitan: Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Dunia! Netizen Takut Kena ‘Claimed’

‘Approve’ keenakan Aiskrim Gula Apong!

Video pendek berdurasi 35 saat yang tular di laman TikTok tersebut memperlihatkan Seung Ho pergi ke kedai aiskrim apong untuk merasai pencuci mulut yang terkenal itu.

@wangzek98 apong ice cream sale after this 📈 #yooseungho #fypシ #kuching #sarawak #apongicecream ♬ Ditto – NewJeans

Setelah tularnya video berkenaan di laman sosial, para peminat Seung Ho baru menyedari akan kehadiran figura kegemaran mereka itu ke Malaysia. Rata-ratanya menzahirkan rasa terkejut dan teruja!

Menurut Seung Ho, meskipun dia bukanlah penggemar tegar Aiskrim, namun cuaca panas di Kuching semasa penggambaran ketika itu adalah masa yang sesuai untuk menikmati aiskrim yang dingin dan lazat sebagai ‘pembasah tekak’.

“Saya bukanlah penggemar makanan manis, tetapi cuaca panas terik ini membuatkan saya teringin nak makan aiskrim,” kata bintang Moonshine itu.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat gelagat comel Seng Ho yang memesan ais krim bersaiz kecil, sambil merakam proses penyediaan aiskrim gula apong tersebut. Lebih membuatkan Seung Ho terliur apabila penjual ais krim berkenaan meletak sos karamel gula melaka dalam kuantiti yang banyak ke dalam cawan ais krim itu.

“Sedap! saya tak minat aiskrim tapi saya boleh makan semuanya dalam sekelip mata.” komen Seung Ho sambil menghirup cairan aiskrim tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakkan netizen bersetuju dengan keenakan aiskrim gula apong sambil berseloroh bahawa mereka pasti berteriak kegembiraan sekiranya bertemu Seung Ho depan mata! 

“THAT’S SO SWEET BRO JUST DRINK LIKE NOTHING HAPPENED”

“Tapi serious…aiskrim gula apong sedap gila!”

“Sumpah..so far aiskrim gula apong ni saya rasa sgt sedap..next time pegi kuching..mmg akan ‘repeat’ kat sini balik.”

“Bukan peminat aiskrim tp gula apong is next level

“Dalam banyak-banyak aiskrim gula apong yang saya pernah cuba…Kedai ini paling superbbb!!!! Terbaik. lagi-lagi yang ada boba mmg the best! Semenanjung tak ada apong sedap macam ni”

Untuk pengetahuan hijabi, aiskrim gula apong mempunyai rasa manis berlemak dan aroma tersendiri yang dihasilkan daripada air nira nipah, sejenis pokok palma yang boleh didapati di sepanjang sungai-sungai di Sarawak, terutamanya di Kota Samarahan dan Betong.

Artikel berkaitan: Keunikan ‘Street Food Malaysia’, Burger Ramly Tarik Perhatian Youtuber UK. Iktiraf Sebagai Yang Terbaik Pernah Dinikmati! 

Sekadar info, selain mencuba ais krim gula Apong, Seung Ho juga berkesempatan menikmati goreng pisang Cheese bersama limpahan susu. Seung Ho turut memuji keenaakan hidangan itu. Namun para peminat mencadangka agar Seung Ho mencuba Goreng Pisang bersama sambal kicap yang lebih enak di Johor.

Sumber: Youtube dan TikTok

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira