Jenama produk makanan kesihatan tambahan K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu kerana mendakwa produk tersebut menjejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.
Tuduhan itu telah dimuat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai dua juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.
Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain tindakan ini diambil bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.
‘’Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas. Jadi, pihak kami memandang serius perkara ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, menurut peguam yang mewakili K-Colly, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan secara terperinci terhadap dua individu tersebut.
“Pihak K-Colly telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, di pihak K-Colly kami mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.
“Pihak K-Colly juga dalam proses mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) selepas raya Aidiladha ini. Jika tiada kerjasama daripada pihak mereka kami akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Azreen.
Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial.
Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sementara itu, saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan produk K-Colly telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).
“Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang disarankan. Oleh itu, produk K-Colly selamat untuk dimakan.
“Dalam video yang viral, individu itu menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan, produk yang dituduh tidak mengandungi kolagen.
“Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa dia mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk K-Colly tiada racun,” ujar Dr. Redza.
Dahlia Rizal Duta Baharu & Sumbangan RM100,000 Buat Palestin
Dalam masa yang sama K-Colly juga turut memperkenalkan duta baharu iaitu model dan pempegaruh popular, Dahlia Rizal.
Pada majlis yang sama pihak K-Colly turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Nur Jiwa bagi membantu rakyat di Palestin.
Bukan itu sahaja sempena sambutan Aidiladha pihak K-Colly turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di sekitar masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur.
BACA JUGA: Hijabi Dambakan Kulit Mulus & Bersih? Ini Rejim Kecantikan Ayda Sejak 10 Tahun Lalu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI