Pernah tak cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan, namun masih gagal? Sebenarnya, anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang sedap-sedap untuk tujuan menurunkan berat badan. Ada satu cara yang dipercayai sangat bagus dalam usaha anda untuk berdiet iaitu pengambilan jus sayuran.
Jus sayuran adalah sejenis minuman yang mudah, murah dan cepat dalam usaha mendapatkan nutrisi ekstra ke dalam tubuh badan yang sangat diperlukan. Bahkan, jus sayuran sebenarnya lebih bagus untuk diet berbanding dengan jus buah. Memetik dari ‘Eat This Not That!’ pakar diet Sue Heikkinen, berkata jus sayuran adalah sumber kalium dan vitamin C yang baik dan mengandungi gula yang jauh lebih rendah daripada jus buah.
Jus sayuran rendah natrium 5.5 oz (seperti jenama jus V8) hanya mempunyai 30 kalori. Jadi, sememangnya jus sayuran boleh menjadi alternatif buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Berikut merupakan beberapa jus sayuran yang sesuai buat anda:
6 jenis jus sayuran buat ‘pejuang diet’
#1 Jus Kubis
Kubis biasanya dicampur ke dalam sup sayur-sayuran dan tumis. Ianya juga sering dijadikan salad. Selain dijadikan makanan, kubis juga boleh dijadikan sebagai minuman. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi manfaat kesihatan jus kubis adalah setanding dengan jus buah-buahan lain.
Jus kubis mengandungi pelbagai khasiat penting yang memudahkan penyerapan tubuh. Selain itu, jus kubis juga mampu membantu anda menghilangkan lemak serta menurunkan berat badan. Ini kerana, kubis mengandungi serat makanan yang tinggi dan rendah kalori, hanya 34kcal!
Timun sering dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Timun adalah sayur yang kaya dengan air dan serat makanan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan tetapi juga minuman.
Kalau anda nak tahu, jus timun amat baik untuk penghadaman dan membantu penurunan berat badan. Membuat jus timun juga sangat mudah. Hanya perlu tambah air dan kisar. Kalau nak lagi sedap, anda juga boleh menambah jus lemon!
#3 Jus Ubi Bit
Jus ubi bit merahterkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Malah di Malaysia, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Bukan itu sahaja, pengambilan minuman jus bit boleh memberi kesan yang baik kepada berat badan anda.
Ubi bit rendah kalori, tinggi antioksidan, mineral dan serat, jadi sebarang kombinasi bit sangat bermanfaat untuk proses penurunan berat badan anda. Jadi tidak hairanlah jus ubi bit adalah salah satu minuman yang sesuai untuk diambil semasa diet!
Ads
#4 Jus Sayur Hijau
Jus sayuran hijau adalah satu lagi jus yang baik buat hijabi yang nak kurus. Sayuran hijau seperti saderi, bayam, dan lain-lain dipercayai bagus untuk turunkan berat badan. Ini kerana sayur-sayur hijau ini adalah rendah gula, tinggi serat dan kaya dengan sifat anti radang serta antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda.
Sayur-sayuran hijau ini boleh diolah menjadi berbagai jenis hidangan, seperti sup atau salad, dan juga dijadikan jus. Anda boleh membuat jus hijau dengan menambahkan saderi dan epal hijau.
#5 Jus Lobak Merah
Lobak merah memang kaya dengan vitamin A. Kandungan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan memecahkan lemak perut.
Ads
Selain itu, lobak merah juga mengandung retinol, beta-karotena, likopen, serta antioksidan yang dapat meningkatkan metabolisme. Ianya jugasangatmudahdibuat,hanyablenddenganpengisar.Andajugabolehmenambahorenataulimaupadajuslobakmerahuntuk menjadikannya lebih enak.
#6 Jus Bayam
Bayam adalah sayuran yang murah dan berkhasiat. Sayuran berdaun hijau ini bagus untuk penurunan berat badan dan penurunan lemak perut.
Antara khasiat bayam adalah sangat rendah kalori dan padat dengan serat, zat besi, asid folik dan vitamin E. Anda boleh campurkan jus bayam dengan epal, limau, timun atau nanas untuk rasa yang lebih lazat. Dan, jangan lupa tambahkan madu juga!
Menutup aurat itu memang wajib ke atas semua wanita. Tetapi pernah tidak kita terfikir beberapa kesalahan yang tidak kita sedari dan sering dilakukan. Tiada guna mengenakan hijab jika masih lagi melakukan perkara sama. Jom, semak senarai di bawah ini dan barulah kita akan faham konsep sebenar menutup aurat itu. jangan kerana 15 kesalahan ini menyebabkan anda gagal melaksanakan hukum TUHAN.
Aurat itu bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi hijabi perlu tahu batas-batas lain agar kita dilabel Muslimah sejati. Jangan nanti di kata ‘atas tutup, bawah pula terdedah’.
Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wuduk kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook / Instagram).
Bertudung tetapi memakai solekan yang berlebihan.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA”. [ Hadis Riwayat Bukhari]
Iman seakan-akan ‘menjerit’ apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Jadi peringatan untuk wanita, tutuplah aurat anda dengan sempurna agar menjadi Muslimah sejati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menjadi sukarelawan di masjid
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Busana perkahwinan memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi bila digayakan oleh bakal mempelai yang diraikan bagai raja sehari. Kain lace dan dipenuhi ribuan batu swarovski, siapa je yang melihatnya pasti akan terpukau dengan kilauannya.
Namun jika persiapan dibuat di akhir garisan, jangan kata Swarovski malah lace pun belum tentu sempat dijahit. Pasti menjadi kerisauan bakal ratu sehari memiliki sepasang busana pengantin menhiasi hari bersejarah agar ia menjadi memori terindah dalam sejarah hidup. Gitu!
Bukan urusan negara yang dibimbangkan dengan fenomena terkini yang di alami rakyat Malaysia, tetapi menjadi satu kekalutan jika mencari sepasang baju pengantin yang sempurna apabila tempahan tidak di terima. Boleh putus nyawa!
Nah, ini penyelamat hijabi! Bulan Bintang buat pertama kalinya menampilkan 20 koleksi nikah ready-to-wear yang boleh dipadankban dengan 13 pilihan warna baju melayu duchess. Wow! Siap ada untuk pengantin lelaki.
Menampilkan rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik. Bakal menerima sambutan baik dari bakal mempelai. Kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati.
“Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga yang berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka” kata pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid.
Setiap perbelajaan dalam satu majlis perkahwinan perlu perincian, apatah lagi di dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Orang kata bagaikan bulan jatuh ke riba, kalau boleh berjimat, apa salahnya demi kelangsungan hidup.
Sempena pelancaran koleksi nikah ini, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan giveaway di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal bernikah. Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost. Rezeki Allah tak pernah alamat jika ada usaha sedikit.
‘’Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi. Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin.’’
Bulan Bintang berharap setiap rekaan yang bakal dimenangi akan membawa keterujaan dan membawa makna berharga buat setiap bakal pengantin. Nah apalagi untuk bakal mempelai jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah istimewa untuk hari berbahagia. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...