Siapa tak kenal dengan pelakon diva, Rozita Che Wan yang juga pengasas kepada produk Inai Che Ta dan juga ‘hot mama’ kepada si cilik jelita Aisyah Dhia Rana.
Baru-baru ini Che Ta menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, meluahkan rasa geram dan kesal apabila terdapat produk perlangsingan berat badan yang sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya untuk tujuan promosi demi melariskan produk itu.
Saya Tak Pernah Minum Jus ‘Beruk’ Ni!
View this post on Instagram
“Minta perhatian. Saya tak pernah minum jus ‘beruk’ ini untuk kurus. Jus kalian tak laku, sampai terpaksa menipu dan guna gambar saya.”
Demikian kata Che Ta, menerusi ruangan kapsyen pada hantaran di laman Instagram miliknya, belia menegaskan agar orang ramai cakna dan tidak terpedaya dengan penipuan secara terang-terangan yang dilakukan oleh produk kurus itu.
Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Undang-undang
Sumber Gambar: Instagram Rozita Che Wan
Memetik laporan Harian Metro, Che Ta menjelaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab, serta syarikat produ perlangsingan itu.
“Apa yang mereka lakukan ini sangat melampau. Saya tidak pernah ditemubual untuk bercakap mengenai produk kurus tetapi video itu diambil ketika saya bercerita mengenai produk saya sendiri tetapi disunting pihak lain bagi mempromosikan produk mereka.
“Saya akan memberi tempoh beberapa hari ini untuk pihak itu menurunkan gambar dan nama saya. Sekiranya gagal saya akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis. Kalau bagi muka mereka akan naik lemak untuk menipu lebih ramai pembeli,” tegasnya.
Artikel berkaitan: Trik Mata Nampak Bundar, Besar & Menawan Macam Che Ta, Ini Trik Solekan Mata Yang Boleh Dicuba
Tambah Che Ta lagi, lebih membimbangkan apabila dia menerima beberapa mesej peribadi di Instagram daripada beberapa kenalan rapat yang bertanyakan akan kesahihan dia menggunakan produk tersebut untuk mendapatkan tubuh badan langsing yang dimilikinya kini.
Malah, ada diantara mereka yang sudahpun membeli produk itu kerana menyangkakan bahawa Che Ta merupakan pengguna dan testimoni berjaya produk kurus tersebut.
“Sebelum ini ada kenalan yang sudah membeli produk terbabit. Kemudian dia memaklumkan kepada saya sedangkan saya tidak pernah mewakili produk itu.
“Pihak mereka juga sudah menggunakan gambar dan nama saya hampir lima bulan sehingga ramai yang menghantar mesej untuk meminta kesahihan mengenai produk itu.
“Saya sangat kesal perkara ini masih berlaku. Tak sangka mereka cari makan dengan cara keji seperti ini,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro & Instagram Rozita Che Wan
Artikel berkaitan: Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI