Kebanyakan wanita pastinya mahukan bentuk badan yang cantik lagi sihat. Sememangnya ada pelbagai cara yang boleh kita praktikkan untuk mendapatkan bentuk atau berat badan yang diidamkan. Pilih saja mana yang bersesuaian tapi ikutlah cara yang selamat. Bukan badan je jadi cantik, kulit juga flawless bila rajin amalkan jus detoks timun!
Salah satu cara yang boleh anda cuba untuk turunkan berat badan adalah dengan minum jus timun
. Mudah sangat cara nak membuatnya. Jom kita lihat!ARTIKEL BERKAITAN: Guna Timun & Daun Pudina, Jerawat Hilang, Kulit Anjal & Nampak Glowing
BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
2. Air (100ml) = 1 cawan
3. Gula anggaran dua sudu
CARA PENYEDIAAN:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (termasuk kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus.
Tak perlu tapis, boleh terus minum bila sudah siap. Sebiji timun uboleh menghasilkan 2 gelas minuman (Untuk waktu pagi dan malam)
KELEBIHAN TIMUN YANG ANDA KENA TAHU:
1. Timun adalah bahan detoks semula jadi
2. Minum bersama patinya boleh buat anda cepat berasa kenyang
3. 95% kandungan timun adalah berasaskan air
4. Minum secawan jus timun buatkan perut anda terus rasa penuh
5. Membersihkan usus dalam badan
6. Mengatasi masalah perut buncit
Oh ya, bila dalaman anda bersih, jerawat pasti susah nak muncul. Jadi, rajin-rajinkanlah amalkan jika anda juga mahu kulit yang cantik! Cuba amalkan selama seminggu, pasti anda akan dapat lihat perbezaan pada kulit dan juga berat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.