Penjagaan kecantikan bukan hanya luaran sahaja tetapi juga dalaman. Pengambilan jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk penjagaan kecantikan dalaman. Jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
Tidak dapat dinafikan di pasaran ada banyak minuman jus untuk kecantikan dalaman termasuklah minuman kolagen. Namun adalah lebih baik jika jus tersebut anda buat sendiri kerana ia lebih segar dan anda sendiri memilih bahan-bahan untuk dijadikan jus.
RESEPI JUS AWET MUDA
Cara hendak buatnya senang sahaja. Bukan setakat awet muda, jus ini juga turut membantu menambah susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Bahan-bahan yang digunakan ialah pegaga, epal hijau, lemon, madu dan air.
Khasiat pegaga sangatlah banyak. Selain membuatkan wajah awet muda, pegaga juga dapat menyuburkan rambut, membina kolagen secara semulajadi, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman.
HIJABISTA: Paling penting, setiap petua perlukan diamalkan secara konsisten. Barulah kita mendapat hasil seperti yang diinginkan.
Sumber kredit: Nurasyikin Alin