Jurusolek Tetap Beri Solekan Cantik Walaupun Sakit, Bahagiakan Hati Permaisuri Sehari

Share

Rezeki datang dalam pelbagai cara, bila tiba masanya, ia datang dalam keadaan yang sangat tidak di duga. Begitulah perkongsian seorang wanita bekerja sebagai jurusolek ini.

Pasangan pengantin sanggup datang ke wad hospital hanya semata-mata untuk di dandan oleh jurusolek ini. Walaupun sakit tetap cantik solekan yang dilakukan.

Lincah bersolek walaupun sakit

Perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang bekerja sebagai jurusolek mendapat perhatian orang ramai apabila melihatnya lakukan solekan pada seorang pengantin wanita. Bukan di tempat biasa, malah jurusolek itu berada dalam wad hospital!

Normaziana Omar, 37, ditemubual oleh mStar mengatakan dirinya itu tidak dalam keadaan yang sihat, namun dia tetap mendapat permintaan istimewa oleh seorang pengantin untuk didandankan pada hari bahagianya.

Jawabnya lagi, permintaan tersebut harus dia tunaikan meskipun dia tidak boleh keluar dari wad tersebut. Jadi pengantin itu mengambil keputusan untuk pergi ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu.

“Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad,

“Jadi banyak job mekap saya terpaksa tola. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital,

Artikel berkaitan: Pengantin Lelaki Bangkit Peluk Ibu, Mohon Restu Sebelum Akad Nikah Buat Netizen Sebak

@sygku_anna Bila MUA kau masuk hospital… jangan cakap kau Muakk pulak😂 #muaperak #makeupartist #fyp #fypdongggggggg #fypシ #foryoupage ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

“Tapi client saya seorang ini memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang buat solekkannya.” katanya.

Normaziana atau juga dikenali sebagai Anna memberitahu dia dijangkiti oleh demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor adalah bukan penyakit berjangkit. Jadi dia berani untuk terima permintaan pengantin tersebut.

Client saya ini sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia sahaja yang pernah saya mekapkan. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung,

“Malam sebelum itu saya dan beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya itu happy,

“Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat itu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza.” ujarnya.

Bapa kepada Anna juga bimbang dengan keadaannya apabila tahu dia mengambil permintaan ini. Tetapi, dirinya yang tidak kesampaian, gagah mengambil juga job

ini apabila merasakan keadaannya yang semakin pulih.

Sudah berkecimpung lama dalam dunia solekan selama 14 tahun, hasil solekan kepada pengantin itu diterima pujian. Walaupun sakit tetap berikan yang terbaik buat client. Alhamdulillah, hasil kerja yang kita lakukan di hargai orang, beginilah gayanya.

Sumber: mStar

Artikel berkaitan: Realisasikan Impian Ratu Sehari! Helaian Sedia Pakai, Harga Mesra Poket Kualiti Sama Dengan Pengantin Kayangan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee