Insaf Lepas Dengar Ceramah Ustaz Di Youtube, Jurusolek Ini Nekad Henti Guna Bulu Mata Palsu & Sanggul Tinggi.

Share

Dalam dunia yang mengejar kebendaan ini menyebabkan kita alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling. Apa yang kita mahukan adalah mahu mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengira halal haram apa yang dilakukan. Namun seharusnya kita sebagai hamba-Nya bersyukur jika disedarkan oleh Yang Maha Esa dengan perbuatan yang dilakukan.

Seperti perkongsian seorang jurusolek ini yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan khidmat memakaikan bulu mata palsu kepada pelanggan setelah tersedar sebaik mendengar satu ceramah seorang ustaz di saluran youtube. Ini kerana bimbang perbuatannya itu tidak mendapat keberkatan dari-Nya.

Menurut Nina Syazana, 25 tahun, dia bukan sahaja tidak akan menawarkan khidmat pemakaian bulu mata palsu, tetapi juga sanggul tinggi serta bermekap tebal kerana sedar ia sesuatu yang bertentangan dengan agama.

Dia yang sudah lima tahun menjadi jurusolek berpengalaman berlokasi di Jerantut ini turut merasakan kekosongan dalam hati selain kesedaran timbul setelah menyedari banyak bencana alam yang menimpa dunia sejak kebelakangan ini.

“Sebelum itu saya ada membaca mengenai bencana di Palu, Indonesia dan dalam ruangan komen ada seorang pengguna yang menyarakan lihat ceramah seorang ustaz di laman youtube mengenai akhir zaman.

“Ceramah itu agak panjang, saya tengok dan menangis. Saya terus solat sebab rasa macam banyak dosa sangat,” ujarnya lagi.

Bercakap kepada Mstar Online, Nina selama ini memang dia yang menyiapkan pengantin dari pemakaian bulu mata palsu, buat mekap tebal dan juga memakaikan sanggul untuk pengantin perempuan.

Bukan itu sahaja, dia turut menyiapkan pengantin lelaki seperti pakaikan samping dan juga tanjak. Malah dia yang kadang-kadang memaksa pelangannya untuk memakai sanggup palsu supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

“Tetapi lama kelamaan saya sedar perbuatan ini adalah salah. Namun itu tidak bermakna saya akan berhenti jadi jurumekap.

“Cuma saya akan cuba elakkan apa yang ditegah dalam agama. Dan mekap yang dihasilkan nanti pula lebih kepada gaya natural dan soft sahaja,” katanya yang turut mengakui selepas posting berkenaan dia telah kehilangan beberapa pelanggan.

Bukan itu sahaja, beberapa rakan jurusolek juga turut mendiamkan diri sejak dia muat turun posting

berkenaan dan kemungkinan tidak bersetuju dengan kenyataannya.

Walaupun sudah menerima beberapa tempahan mekap sehingga Ogos 2019, tetapi ada lima atau enam orang yang telah batalkannya.

“Mungkin mereka masih mahu memakai bulu mata palsu dan saya dalam proses kembalikan wang deposit mereka.

“Tetapi alhamdulillah, ajaibnya kuasa Allah kerana digantikan dengan pelanggan baharu. Ramai juga yang mesej cakap mereka suka dengan pendirian saya ini.

“Bukan itu sahaja, ada juga seorang penjual bulu mata yang mesej dan rupanya sudah lama dia mengalami perasaan yang sama dengan saya.

“Dan selepas baca posting terus nekad untuk berhenti sebab rasa duit tak berkat,” tambahnya yang turut terkilan bila ada antara kawan-kewan jurumekap yangb rapat dengannya langsung tidak beri respon. Namun dia memahami kerana mereka mahu menjaga periuk nasi masing-masing.

Posting yang dimuat turun ini juga telah menarik perhatian ramai dan turut mendapat respon yang cukup bagus.

Lepas 5 tahun baru tersedar

Hati berbelah bagi.

Allah laknak orang pakai bulu mata/ rambut palsu

Start sanding, Zuhur tak solat sebab rugi takut rosak mekap.

Allah larang tapi kita buat tak nampak & halalkan.

Bukan untuk tunjuk baik.

Hormati cara dan pendirian.

Rezeki Allah itu luas.

Slow-slow akan padam gambar tidak sepatutnya nanti.

Harap gunakan ilmu yang dikongsi di jalan diredai Allah.

Rata-rata tersentuh dengan perkongsiannya dan turut mengingatkan bahawa rezeki Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.

Ainn Ahmad alhamdulilah tahniah dear. perubahan ke arah kebaikan. semoga Allah melimpahkan lagi rezeki sis 

Nissa Diyanah InshaaAllah..bumi Allah luas..pasti ada rezki awak..sy doakan awak..kerana niat awak kerana Allah s.w.t pasti akan ade seribu kebaikan dan berkah dlm nya..

Khaleda Syazwani Khaidzir Actually benda macam ni lah yg pengantin harapkan. InsyaAllah ada rezeki. Rezeki Allah itu luas. Goodluck kakngah

Ara Armand Alhamdulillah Allah beri hidayah pd kita semua sblum terlambat… Tahniah Nina Syazana atas kesedaran ni.. kita manusia x sempurna.. syukur masih beroleh kesempatan utk bertaubat.. moga terus istiqamah.. aamiin.. 

Published by
SH