Menerusi laman Instagram, pelakon Jue Aziz mengesahkan bahawa dia positif Covid-19 dan berkongsi tentang simptom yang dihadapinya. Menurut pelakon Hantu Kak Limah itu, simptom yang dihadapinya itu membuatkan badannya lemau seperti demam yang disebabkan sakit urat.
Tambahnya lagi, dia juga turut mendapat simptom seperti batuk, demam, sakit kepala, selsema dan hilang deria rasa.
“Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat”, kongsinya lagi.
Dalam ‘posting’ di laman Instagramnya itu, pelakon Jue Aziz juga turut mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak sengaja…harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian..Amin.”
‘Posting’ yang mendapat tumpuan ramai itu juga turut membuatkan netizen dan kenalan artis memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Team Hijabista mendoakan agar pelakon Jue Aziz diberi kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sediakala. InsyaAllah!
Sumber gambar: Instagram Jue Aziz