Menerusi laman Instagram, pelakon Jue Aziz mengesahkan bahawa dia positif Covid-19 dan berkongsi tentang simptom yang dihadapinya. Menurut pelakon Hantu Kak Limah itu, simptom yang dihadapinya itu membuatkan badannya lemau seperti demam yang disebabkan sakit urat.
Tambahnya lagi, dia juga turut mendapat simptom seperti batuk, demam, sakit kepala, selsema dan hilang deria rasa.
“Nak makan dan kencing selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat”, kongsinya lagi.
Dalam ‘posting’ di laman Instagramnya itu, pelakon Jue Aziz juga turut mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak sengaja…harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian..Amin.”
‘Posting’ yang mendapat tumpuan ramai itu juga turut membuatkan netizen dan kenalan artis memberi kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Team Hijabista mendoakan agar pelakon Jue Aziz diberi kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sediakala. InsyaAllah!
Sumber gambar: Instagram Jue Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Effortless Beauty’! Produk Solekan Pelbagai Guna Korea Sempurna Untuk Hari Malas
Isi Kandungan
ToggleDalam budaya pantas Korea, mencari masa untuk duduk dan memakai solekan penuh glam boleh mencabar. Tetapi jangan risau, ada penyelesaiannya! Tujuh produk solekan Korea pelbagai guna ini sesuai untuk hari-hari yang anda inginkan penampilan yang ringkas dan mudah.
Sama ada anda kekurangan masa atau hanya lebih suka penampilan yang lebih semula jadi, produk ini akan menjadikan rutin anda mudah. Ucapkan selamat tinggal kepada kesibukan, dan hello kepada rutin kecantikan tanpa tekanan!
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Mengikut Bajet, 7 jenama K-Beauty Ini Menawarkan Kualiti Pada Harga Yang Hebat
1. KAHI Multi Balm
Anda mungkin pernah melihat ini di semua tempat, ia adalah produk yang mudah untuk diletakkan di meja solek anda. Bukan sahaja melembapkan wajah, tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai primer untuk meningkatkan kuasa solekan yang berkekalan. Tetapi ia tidak berhenti di situ, produk ini juga boleh digunakan sebagai pelembap bibir dan penyerlah semula jadi untuk memberikan anda kulit yang lebih dewy!
2. A’PIEU Juicy Pang Water Blusher
Pemerah pipi cair berwarna yang disenyapkan ini sesuai digunakan bukan sahaja untuk memberikan warna merah pada pipi, tetapi juga boleh digunakan sebagai pembayang mata untuk memberikan anda lebih banyak rupa monokromatik itu!
3. Laneige Cream Skin
Ada sebab mengapa semua orang mendabik dada tentang produk ini kerana ia merupakan toner dan pelembap dalam satu! Ia bukan sahaja melembapkan, tetapi ia juga mencerahkan kulit anda untuk memberikan kulit yang terbaik!
4. Lip Tint
Dengan kuasa pewarnaan yang biasa ada pada liptint, ramai juga telah menggunakan liptint sebagai pembayang mata dan pemerah pipi! Beberapa pewarna bibir terbaik termasuk 3CE, PeriPera dan banyak lagi!
5. ETUDE Pang Pang Hair Shadow
Walaupun pada asalnya dibuat untuk mengisi bintik-bintik botak di kepala anda untuk memberikan anda rambut yang lebih penuh, produk ini juga boleh digunakan untuk mengisi kening anda! Ia bukan sahaja bagus untuk mereka yang mempunyai rambut yang jarang, tetapi juga kening yang jarang!
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Cantik Berseri Hanya Dengan 5 Trend Kecantikan K-Beauty Terbaik 2022
6. KAJA Eye Bento Chocolate Dahlia
Produk ini adalah tiga dalam satu, dengan warna berkilauan dan dua bayang matte; trio pembayang mata padat ini sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai cara yang berbeza! Gunakan bayang berkilauan sebagai sorotan dan warna coklat paling gelap untuk membentuk kontur yang ringan!
7. KAJA Whipped Dream Multi-Eye & Cheek Color
Kini anda pernah mendengar tentang lip tint yang berfungsi sebagai eyeshadow, tetapi tahukah anda bahawa KAJA sebenarnya telah mengeluarkan produk yang boleh digunakan untuk kedua-dua mata dan pipi? Dengan tona yang lebih neutral, ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak mahu berbelanja secara berfoya-foya dengan begitu banyak produk berbeza untuk mencapai satu penampilan!
Tidak semua orang mahukan penampilan penuh glam sepanjang masa, kadang-kadang kita hanya mahukan sesuatu yang ringkas dan cepat. Produk solekan Korea pelbagai guna ini boleh membantu anda mencapai penampilan yang hebat tanpa perlu bersusah payah. Jadi mengapa tidak mencubanya?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seminggu Di ICU, “Nad Zainal Masih Tidur, Buah Pinggang Tak Terjejas Cuma..” – Shahrulezad
Isi Kandungan
ToggleDiam tak diam sudah seminggu pelakon jelita Nad Zainal ditidurkan di Hospital Ampang Puteri akibat menghadapi pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru yang dipercayai Autoimun.
Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin berkata kesihatan pelakon itu menunjukkan perkembangan positif, Nad semakin baik ujarnya.
Bagaimanapun, punca mengapa Nad masih belum sedar adalah kerana Doktor mengambil keputusan untuk menidurkan Nad lagi, agar dia boleh berehat dan paru-parunya kembali kuat.
Nad Kini Kurang Bergantung Pada Mesin Oksigen
Perkara berkenaan dimaklumkan Shahrulezad menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, keadaan Nad hari ini lebih baik daripada semalam. Tapi, doktor masih mahu Nad ditidurkan lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat.
“Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan disedarkan. Saya rasa tak lama lagi rasanya. Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan Ubat Kurus Punca Autoimun
Mengulas lanjut, Shahrulezad turut menolak dakwaan kononnya pendarahan paru-paru pelakon Cina Buta itu adalah berpunca dari pengambilan ubat kurus.
“Apa yang membuatkan lega apabila organ utama Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.
“Jadi, khabar angin yang mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar.
“Masalah Nad sekarang adalah paru-paru masih dalam proses penyembuhan.
“Apa yang Nad perlukan ialah kekuatan dalaman untuknya terus berjuang kembali sihat,” katanya.
Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!
Justeru, Shahrulezad memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan dan kesihatan Nad Zainal.
“Saya percaya Nad akan kembali sihat seperti biasa, tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang adalah doa berterusan.
Sekadar info, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dilaporkan ditidurkan sejak Isnin lalu kerana mengalami pendarahan pada bahagian paru-paru.
Rakan baiknya, Ungku Ismail turut memaklumkan doktor mengesyaki Nad mengalami autoimun.
Sumber: Instagram Shahrulezad & Berita Harian
Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Banyak ‘Kekurangan’ Bab Agama, Lisa Surihani Mohon Doa Istiqamah Tutup Aurat, Mahu Lebih Dekat Dengan Islam!
Isi Kandungan
TogglePenampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
Banyak Benda Tentang Agama Saya Tak Tahu – Lisa Surihani
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada Hijabista.
Artikel Berkaitan: Peminat Kagumi ‘Hijrah’ Lisa Surihani, Penampilan ‘Berseri’ Bak Bidadari Jadi Sorotan Netizen!
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
Lebih Selesa Tampil Di Khalayak Berwajah Polos
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Sekadar info, artikel in merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sumber: Instagram Lisa Surihani
Artikel Berkaitan: Pernah ‘Tersungkur’ Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI