Juara Puteri Muslimah Asia 2018, Uyaina Arshad Hargai Jasa Ibu & Kakak Tersayang Sebagai Tulang Belakang

Share

Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Uyaina Arshad kelmarin sekai lagi membanggaka keluarga dan Malaysia apabila terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Personaliti dan pengacara Wanita Hari ini dalam statusnya di laman sosial memberi kredit kepada ibu serta kakaknya yang menjadi tulang belakang kejayaannya di luar negara ini.

Menurut Uyaina ibu dan kakaknya itulah yang menjadi cinta hati dan memberi motivasi bagi dirinya setiap hari. Dia turut berterima kasih kepada kedua wanita ini kerana sentiasa ada di sisi. Menurut wanita yang petah berbicara ini sejauh dan setinggi mana terbang, keluarga adalah segalanya.

Dia turut berterima kasih kepadaAllah kepada mengurniakan kepadanya sebuah keluarga yang begitu menyayangi dirinya, mengambil berat dan menegur dirinya untuk menjadi yang lebih baik.

Dalam pertandingan yag berlangsung di Jakarta anjuran stesen TV Indosiar, Uyaina menewaska dua lagi calon lain, iaitu Hanifah Razan pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale dari Turki yang menang tempat ketiga.

Artikel Berkaitan: Rahsia Cantik Uyaina Arshas Amal Minum Jus Kisaran Oren

Bagi Uyaina ini adalah penganjuran pertama dan kemenangan ini cukup bermakna dan manis buat dirinya.

Dia turut berkata diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 pastinya membuatkan dia cuba memikut tanggungjawab untu mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat.

Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.

Penampilan Uyaina sepanjang pertandingan itu juga turut mendapat pujian ramai apabila menggayakan beberapa busana sebelum terpilih untuk top 10, top 5 dan juga top 3. Salah satu adalah hasil rekaan Ezuwan Ismail yang mengetengahkan fabrik songket dengan sentuhan moden.

Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 ini menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD

Published by
Siti Zurina