Selalunya cartridge terpakai ramai yang pandang sebelah mata. Hakikatnya ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi. Dapatlah juga duit ‘tepi’ untuk disimpan di dalam tabung kecemasan, contohnya.

Melalui satu perkongsian Suhana Salleh di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang bagaimana boleh dapat ‘duit lebih’ dengan menjual cartridge terpakai. Jadi selepas ini tiada lagilah ada di antara kita yang hanya buang sahaja cartridge ke dalam tong sampah.

********************************************************************

Hari ini saya berjaya menukarkan semua cartridge terpakai saya menjadi wang yang lebih besar. Sebelum ini saya hanya tolak (baca:jual semula) pada penjual di tempat saya beli catridge. Maksimum penjual itu ambil RM5 untuk satu unit.

Terjumpa iklan di FB yang menawarkan khidmat beli semula catridge terpakai. Saya pun sajalah mesejnya untuk tanya lebih lanjut. Harga ditawarkannya 4 kali ganda daripada harga biasa yang saya terima. Wow!

Ads
Jual Cartridge Terpakai Dengan Harga 4 Kali Ganda Harga Biasa, Wanita Ini Kongsi Caranya
Ini adalah senarai model cartridge yang mereka terima.

Sebelum datang ambil, Mr. Moon (kiranya dia ini ejen ambil cartridge terpakai di kawasan Kuala Lumpur, Sg. Buloh dan kawasan sekitarnya) Whatsapp saya tanya nama, lokasi dan jenis cartridge yang ada. Saya cuma tunggu di rumah.

Pelik juga saya kenapa cartridge terpakai ini dia sanggup bayar pada harga yang lebih tinggi. Menurut Mr. Moon cartridge ini akan dihantar ke bos mereka di China. Ada ‘part’ yang penting pada cartridge itu. Tanpanya tak bolehlah disambung ke komputer.

Ads

Jual Cartridge Terpakai Dengan Harga 4 Kali Ganda Harga Biasa, Wanita Ini Kongsi Caranya

Saya kira ramai kawan-kawan saya di sini yang bekerja pejabat atau di rumah yang menggunakan cartridge ini atau selainnya. Jika sudah habis bolehlah call Mr. Moon untuk dia ambil dan tukarkan pada RM. Mr. Moon boleh dihubungi terus di talian 01164665007
Bolehlah jana sedikit wang.

Ads

Jual Cartridge Terpakai Dengan Harga 4 Kali Ganda Harga Biasa, Wanita Ini Kongsi Caranya

Nota: Sepatutnya total duit yang saya terima ialah RM144. Tapi Mr. Moon tak ada duit kecil. Dia minta saya belanja (baca: halalkan) RM4 tu. Saya okay je. Tambah-tambah lagi sekarang bulan Ramadan. Manalah tahu dengan sedekah RM4 itu Allah mudahkan urusan saya sekeluarga.

HIJABISTA: Mungkin sebelum ini ada yang tidak tahu bahawa cartridge ini boleh ‘ditukarkan’ dengan wang sehingga ada yang membuangnya sahaja ke dalam tong sampah. Selepas ini jika sudah habis digunakan, boleh kumpul dan kemudian jual. 

Sumber kredit: Suhana Salleh

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI