Kagum dengan pentas peragaan baru-baru ini di MITEC, Kuala Lumpur, Dato Jovian Dato’ Jovian Mandagie sebagai Pengarah Kreatif, Cheetah Malaysia mengetengahkan gaya-gaya terpilih dari tahun 90-an. Cheetah Malaysia memperkenalkan koleksi terbaharu berinspirasikan sukan tenis, “Summer/ Spring 2022” (S/S 22’).
Koleksi ini menandakan permulaan baharu dalam arah reka bentuk jenama ini dalam usaha syarikat ini memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih ‘segar’, sesuai dengan trend “fast fashion” terkini. Ini juga merupakan pertunjukan fesyen Cheetah yang pertama sejak tahun 1989 dan dijangka menjadi salah satu pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia.
Dengan 70 orang model di pentas peragaan, koleksi ini menampilkan ciri-ciri berinspirasikan daripada gaya dan suasana dari Kejohanan Wimbledon. Dihasilkan khas oleh Dato’ Jovian sendiri, koleksi ini menunjukkan minat Cheetah dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada dan segmen pasaran yang berpotensi. Pada masa yang sama, Cheetah juga mengukuhkan kedudukan di dalam dan luar negara dalam arena fesyen.
Di acara tersebut, Dato’ Jovian mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian Cheetah untuk aktiviti sekolah yang seterusnya menjadi inspirasi beliau dalam menghasilkan koleksi ini. “Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu, di mana ibu saya telah membelikan pakaian Cheetah saya yang pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani (PJ). Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” dedah Dato’ Jovian Mandagie.
“Peluang yang diberikan untuk mereka seluruh koleksi pakaian ini bersama Cheetah merupakan satu penghormatan buat saya. Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan, terutamanya buat golongan ‘millennial’. Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” kata Dato’ Jovian Mandagie lagi.
Fesyen 90-an menyaksikan kemunculan daripada era ‘glamazon’ yang menampilkan ciri-ciri sederhana dan jenama pakaian mampu milik yang menjadi ikutan ramai golongan, terutamanya anak-anak muda. Para konsumer menggemari kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan di mana ia telah berubah menjadi gaya ‘athleisure’ pada hari ini. Dengan kepercayaan yang kuat bahawa pendekatan ini malar dan sentiasa relevan dengan gaya hidup semasa, Cheetah merealisasikan idea ini serta menterjemahkannya dalam koleksi ini.
Koleksi S/S 22’ ialah kombinasi sukan dan gaya hidup yang menggabungkan fesyen dan keselesaan serta lengkap dihasilkan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dengan pemilihan material yang dilakukan penuh teliti dan sentuhan palet warna campuran yang ‘fusion’, rekaan koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih menyegarkan oleh Cheetah.
Pada masa yang akan datang, Cheetah dan Dato’ Jovian Mandagie akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu, serta mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar lebih relevan dan lebih selaras dengan keperluan pengguna muda, yang mewakili pasaran sasaran utama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe