Pereka terkenal Jovian Mandagie muncul sekali lagi lagi dengan koleksi terbarunya. Apabila isu tanggalkan hijab tular baru-baru ini, semakin galak Dato’ Jovian Mandagie mengeluarkan rekaan terbaru hijabnya.
Bukan itu sahaja JM turut mengembangkan sayapnya dalam bidang kosmetik pula. Memilih Oh Most Wanted sebagai jenama kosmetik tempatan untuk berkolabrasi adalah salah satu langkah yang bijak di mana OH Most Wanted jenama yang terkenal di drugstore.
Rekaan hijab edisi terhad ini di datangkan dalam kombo lengkap bersama lip tint Oh Most Wanted berkolabrasi bersama jelitawan pelakon Nora Danish. Majlis yang cukup ringkas diadakan di JStore Shah Alam menyaksikan Dato’ Jovian Mandagie dan Nora Danish yang manis tampil berhijab melancarkan koleksi terhad ini.
Koleksi ini hanya dijual 1500 helai di mana kombo terhad ini ada tiga pilihan hijab bawal: Dream LoverHijab + Dream Lover Poutfect lips, Love Bug + Love Bug Poutfect Lips dan Sweet Caramel Hijab + Sweet Caramel Poutfect Lips. Harga kombo terhad ini bernilai hanya RM149 dan boleh didapati di www.ohmostwanted.com, www.jovian.com.my/shop dan www.zalora.my.
Yakin dengan setiap keluaran hijabnya, Dato’ Jovian Mandagie menjanjikan material yang ditampilkan tidak ada sebarang rungutan untuk hijabi kekal berhijab. Kombo hijab ini diperbuat dari material satin dengan warna dan rekaan segar di mana hijabi sendiri mengakui rekaannya sesuai untuk semua majlis dan sesuai bagi semua jenis kulit hijabi.
Antara perkongsian menarik dalam majlis ini diserikan dengan sesi hijab stail bersama hijab stailling Nas dan jurusolek Razi Musa. Menurutnya untuk hijabi tampil segar sentiasa bukanlah bergantung pada hijab tetapi juga pada bibirnya.
Keyakinan akan lebih terserlah pabila bibir segar, dengan penggunaan lip tint dari Oh Most Wanted yang mengandungi vitamin E, argan oil, black seed oil dan SPF 15. Kandungannya cukup untuk melindungi bibir hijabi. Apa yang pastinya lip tint ini mudah ditanggalkan untuk hijabi berwuduk.
Pernah mengeluarkan hijab atas jenamanya sendiri Owlbynd, Nora Danish menganggap kolabrasi ini satu tawaran yang hebat padanya tanpa menjejaskan jenama hijab yang sedia ada.
Benar mereka akan persoalkan apa dah jadi dengan jenama Owlbynd, bezanya kolobrasi ini mengabungkan kosmetik atas jenama Oh Most Wanted dan ia didatangi dengan kombo khas di mana hijabi di luar dapat kedua-duanya skali hijab dan lip tint. Tiada pengulangan untuk edisi terhad ini bermakna hanya mereka yang bertuah sahaja dapat memiliki kombo terhad ini.
Selain dari mempromosikan kolaborasi hebat ini, Nora juga sibuk dengan koleksi raya Owlbynd dan membintangi telefilem rantaian yang akan disiarkan di Astro Ria dan Astro Oasis. Selain dari berlakon umum tahu Nora juga usahawan wanita berjaya bersama suami tercinta yang mempunyai perniagaan sampingan.
Melihat entri di Instagram ramai pengikut Nora akui Neney lebih rapat dengan suaminya Bosned berbanding Nora.
“Salah tanggapan itu ya! gurau Nora. Ya memang betul Neney bila bersama Ned dia tampak lebih happy, lagipun Ned rajin muat turun momen bersama Neney di Instagram berbanding Nora. Tetapi kami sama-sama menghabiskan masa bersama Neney, kecuali Nora ada kerja, Ned suami yang bertanggungjawab menjaga Neney, Alhamdulilah!”
Perjalanan dua tahun bersama Bosned, Nora bersyukur temui pasangan yang betul-betul memahami. Nora berlajar dari pengalaman dalam dua tahun ini memang banyak dugaan dengan suami yang sentiasa memahami dan memberi semangat selalu. Ned banyak buat kejutan yang manis dan tidak di jangka.
Hasrat untuk memiliki puteri dalam rumahtangga memang ada tetapi Keadaan Nora ketika ini tidak mengizinkan untuk mengandung lagi. Semasa kandungan pertama hasil perkahwinan kedua Nora disahkan menghidapi fabroid sebesar 10 sm. Ketika mengandungkan Neney di saat kandungan 8 bulan memang doktor sahkan komplikasi sehingga boleh terpaksa dibuang rahim sekiranya perkara ini serius.
Alhamdulilah segalanya adalah ketentuanNya apabila Nora selamat melahirkan Neney. Akan tetapi buat masa sekarang Nora tiada lagi kesempatan untuk membuang ketumbuhan fabriod sebesar 10sm di dalam perutnya.
Dalam jadual berlakon yang padat Nora berdoa terus dalam keadaan yang sihat dan insya-Allah dia akan membuang ketumbuhan ini. Dia turut mendoakan agar netizen mendoakan dirinya dalam keadaan yang sihat ya! Amin