Uncategorized

Jom Jana Pendapatan Mudah, Guna ‘Handphone’ Je! Hijabi Hanya Perlu Muat Turun Aplikasi Aci Chat

Share

Hijabi pernah dengar tak tentang aset digital atau harta maya yang dikenali sebagai matawang kripto atau ‘Cryptocurrency?’

Matawang kripto adalah matawang digital yang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan menggunakan kriptografi sebagai ciri keselamatannya.

Sebilangan besar matawang kripto ini merupakan rangkaian terpencar (decentralized) yang diasaskan menggunapakai teknologi blockchain.

Cawangan Pertama ACIGOLD Kini Di Malaysia!

Menariknya kini, salah sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Dubai, UAE aitu Alternate Commodities Index Worldwide (ACIGOLD) telah membuka cawangan pertamanya di negara kita!

Paling best apabila Hijabi kini boleh menjana pendapatan dengan menggunakan telefon pintar anda menerusi aplikasi audio video yang dikenali sebagai ACI CHAT! Wow berborak pun dapat duit sis.

Menurut Pengasas dan Pengerusi ACIGOLD, Datuk Sheikh Jamal menjelaskan bahawa platform digital dan interaktif ini terhasil melalui satu usahasama dengan Pertubuhan Pendidikan Blockchain Sabah yang kini sudah pun tersedia dan boleh dimuatnaik di App store Android dan juga iOS.

Hanya Berborak Di ACI CHAT Dan Jana Income Melalui ‘Smartphone’

Sheikh menegaskan bahawa aplikasi ini berbeza dengan aplikasi chat sedia ada seperti Whatsapp, Telegram, Messenger, We Chat dan lain-lain lagi aplikasi chit chat yang tersedia di Malaysia.

Ini kerana, aplikasi ini tidak hanya membolehkan para penggunanya untuk berhubung bersama orang tersayang, keluarga dan sahabat handai. Menariknya, ia turut memberikan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan semasa melakukan perbualan menerusi aplikasi itu.

Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ACIGOLD kepada dunia dan matlamat kami adalah untuk mencipta platform komprehensif yang membolehkan individu bukan sahaja berhubung dengan orang tersayang tetapi juga meneroka ufuk baharu dalam dunia perniagaan.

“Dengan ACIGOLD, pengguna kini boleh mengubah minat mereka untuk berbual menjadi sumber pendapatan, perniagaan dalam talian dan membeli-belah secara percuma di mana adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang penguna terlibat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada Sidang Media Majlis Pra Pelancaran Platform Inovatif Web3 Berasaskan Blockchain di sebuah hotel terkemuka di Klang pada 2 Ogos lalu.

Sekadar info, selain ACICHAT, ACIGOLD juga turut menawarkan ekosistem pelbagai fungsi seperti ACILIVE, ACISWAP, ACISTORE dan ACIEXCHANGE.

Artikel berkaitan: ‘Calming Meal’ Rahsia Untuk Tampil Cantik, Kurus Dan Stabilkan Emosi. Cubalah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir