Selain enak dimakan dan mengenyangkan, yoghurt juga mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh dan juga kulit. Bukan sahaja bagus untuk pencernaan, yoghurt juga boleh digunakan sebagai masker wajah dan tentunya sangat memberi nutrisi buat kulit.
Kandungan nutrisi dalam masker yoghurt baik untuk membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit hijabi sentiasa remaja! Didalam secawan yoghurt, mempunyai kandungan Zinc, Kalsium, Vitamin B, dan Lactic Acid.
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah. Jom ketahui lima manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yoghurt yang boleh hijabi DIY di rumah sahaja!
Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya. Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yoghurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.
Yoghurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini demikian kerana, Lactic Acid di dalam yoghurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Ia juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.
Cara membuat masker dengan campuran kunyit:
• Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yoghurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
• Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yoghurt melitupi keseluruhan wajah anda.
• Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
• Bilas dengan air suam, hingga bersih.
Kebanyakkan perempuan diluar sana sememangnya mendambakan agar kekal awet muda dan mempunyai kulit yang anjal dan tegang.
Perkara ini dapat menjadi kenyataan sekiranya hijabi konsisten menggunakan yoghurt. Kandungan Antioksida yang tinggi dalam yoghurt mampu mencegah kerosakkan kulit. Di dalamnya pun juga terdapat kandungan Lactic Acid yang berfungsi mencegah tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kerutan.
Anda hanya perlu oleskan sahaja youghurt pada wajah selama 15 minit, kemudian bilas lah dengan air suam. Gunakan masker ini 2 hingga 3 kali seminggu.
Artikel berkaitan: Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.