Jom Buang Lemak! Tukar ‘Air Manis’ Kepada 4 Jenis Teh Ini Je Sis

Share

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa teh sebenarnya boleh menguruskan badan serta membantu anda mendapatkan bentuk tubuh yang lebih langsing. Meskipun anda peminat kopi, bolehlah berjinak-jinak bertukar kepada teh pula selepas ini, kerana teh mempunyai pelbagai manfaat tanpa anda sedari.

Malah, ia juga sebenarnya baik untuk kesihatan. Khasiat teh berbeza-beza mengikut jenis-jenisnya. Jangan ingat teh hanya ada satu jenis saja ya. Menariknya, 4 teh ini sememangnya berkesan untuk menurunkan berat badan.

Teh Putih

Kajian menunjukkan teh ini boleh menghalang proses pembentukan sel lemak. Ia juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.

Teh Pudina

Aroma dari minyak peppermint yang ada dalam teh ini dapat menghilangkan selera anda. Jadi, jika anda terasa mahu mengunyah, bancuh sahaja teh ini dan hirup. Tiada lagi masalah terlebih makan.

Teh pudina ternyata banyak kegunaannya. Selain mampu mengatasi masalah kembung perut, teh ini juga punya khasiat untuk kecantikan.

Artikel berkaitan: Kembalikan Kulit Segar Dan Menawan Secara ‘Semulajadi’, Dengan Teh Hijau!

Teh Hijau

Teh ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ramai sudah tahu akan kebaikan teh hijau ini. Bukan sahaja menurunkan berat badan, ia juga boleh mencantikkan kulit serta menstabilkan hormon.

Anda rasa berat badan sudah naik? Teh hijau boleh membantu mengatasi masalah anda kerana ia dapat mempercepatkan metabolisme tubuh. Jadi, tak perlu bimbang jika berat badan anda naik. Teh hijau boleh mengatasinya.

Teh Oolong

Teh dari China ini mengandungi komponen polyphenol yang sangat berkesan dalam mengawal metabolisma badan. Jika anda minum setiap hari, ia boleh mengurangkan risiko obesiti.

Sumber: Hanasuva

Artikel berkaitan: Selain Pudina, Ini Teh Herba Lain Yang Popular & Bagus Untuk Kesihatan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir