Pernah tak hijabi mengalami masalah susah nak tidur? Susah tidur atau insomnia merupakan masalah yang paling biasa bagi kebanyakan orang. Ia disebabkan oleh tekanan, gaya hidup yang tidak seimbang, ataupun masalah emosi.
Bagi hijabi yang mengalami insomnia atau gangguan tidur pasti tahu betapa terseksanya memaksa diri untuk tidur setiap malam. Bahkan di Malaysia, kajian menunjukkan 89% masyarakat mengalami insomnia.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah insomnia ini seperti pastikan bilik tidur anda berada pada suhu yang betul, elakkan cahaya dan bebas dari bunyi bising. Tetapi kalau hijabi dan cuba kaedah ini tapi masih tidak berkesan, jangan risau. Hijabista ada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk dicuba!
Artikel berkaitan: Kerap Hadapi ‘Insomnia’ Walaupun Penat? Cuba Amalkan Doa Anjuran Rasulullah Ini!
Melalui video yang dimuat naik seorang pakar kecergasan di laman Tiktok; @justin_agustin, dia telah berkongsi teknik ‘ketenteraan’ untuk lelap dengan hanya 2 minit!
Teknik ketenteraan untuk tertidur dalam masa 2 minit ini memerlukan langkah menggambarkan senario yang tenang untuk mengosongkan fikiran anda dan menghilangkan tekanan tambahan dari fikiran anda.
Difahamkan, teknik tersebut digunakan oleh tentera ketika mereka cuba mendapatkan tidur yang cepat dan nyenyak. Ia dikatakan dicipta oleh pegawai tentera yang sangat mementingkan prestasi pasukannya.
Keletihan dan kurang tidur membawa kepada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang askar yang baik, jadi
dia telah mencipta teknik tersebut yang ternyata berkesan dalam 96% kes selepas 6 minggu ujian. Wah, jom kita terokai teknik tersebut!Hijabi perlu kendurkan otot muka, termasuk lidah, rahang dan otot di sekeliling mata serta fokus kepada pernafasan anda.
Pastikan bahu anda tidak menegang. Jatuhkan bahu serendah yang boleh dan biarkan lengan serta jari berasa longgar.
Pastikan anda kendurkan otot dada, perut, turun ke paha, lutut dan kaki.
Akhir sekali, hijabi perlu kosongkan fikiran selama 10 saat sebelum ‘membayangkan’ salah satu senario yang tenang.
Antara senario yang hijabi boleh bayangkan adalah:
Banyak kesan buruk insomnia seperti imuniti yang lemah, tekanan darah tinggi masalah ingatan, dan penambahan berat badan. Jadi jangan ambil risiko dan cuba dahulu teknik di atas. Penulis berharap teknik ketenteraan ini membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dapat masa rehat yang lebih lama!
Artikel berkaitan: Jangka Waktu Dan Corak Tidur Yang Ideal Untuk Peringkat Umur, Seiring Dengan Peningkatan Usia
Sumber: TikTok @justin_agustin
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.